in ,

Wartawan Dedah Kejadian Sebenar Yang Terjadi Di Rakhine

Seorang wartawan dari UK telah mendapat peluang untuk memasuki wilayah bergolak Myanmar dan menceritakan kejadian sebenar yang terjadi di Rakhine.

Jonathan Head, seorang wartawan dari BBC untuk Asia Tenggara telah mengikuti satu rombongan media khas yang diberi kelulusan aras tertinggi dari pemerintah Myanmar untuk memasuki wilayah bergolak di Rakhine.

Kejadian Sebenar Di Rakhine

Kumpulan wartawan ini dibawa melihat kawasan Maungdaw, salah satu daerah di Rakhine dan antara tempat yang bergolak melibatkan tentera Myanmar dan etnik Rohingya.

Rombongan ini dikawal ketat dan tidak dibenarkan keluar sesuka hati untuk mencari info bahkan sesi temuduga juga perlu meminta izin dari pihak berkuasa.

Lawatan pertama ke sekolah kecil di Maungdaw yang sesak dengan keluarga Hindu yang berteduh, disini Jonathan disajikan dengan cerita bahawa orang Muslim yang menyerang mereka. Namun Jonathan menjadi aneh kerana ia tidak sama dengan cerita yang disampaikan oleh orang Hindu yang lari ke Bangladesh.

Menurutnya, orang Hindu yang lari ke Bangladesh dakwa diserang Buddha Rakhine kerana mereka mirip dengan wajah orang Muslim Rohingya. Ketika sesi menemubual itu mereka dikawal polis bersenjata dan beberapa pegawai setempat.

Rakhine
Kredit : BBC Indonesia

Selepas itu mereka dibawa ke kuil Buddha untuk bertemu dengan seorang sami, seperti kebiasaan mereka disajikan dengan foto-foto yang mendakwa orang Muslim membakar rumah mereka sendiri namun Jonathan merasa aneh dan sangsi dengan foto tersebut.

Didalam gambar tersebut jelas menunjukkan seorang wanita memakai penutup kepala seperti perempuan Muslim selepas membakar rumahnya dan akhirnya Jonathan berjaya membongkarkan penipuan itu!

Kejadian Sebenar Di Rakhine
Kredit : BBC Indonesia

Rupa-rupanya perempuan itu adalah salah seorang perempuan yang dia jumpa di sekolah tempat keluarga hindu berteduh sebentar tadi dan ciri-ciri pakaiannya serta bentuk tubuh badan juga sama!

Setelah itu mereka bertolak pulang, namun kejadian yang tak disangka berlaku dan membuka mata mereka berkenaan isu di Rakhine. Mereka melalui satu kampung dan terlihat sebuah rumah yang baru dibakar dan api sedang marak lantas mereka berlari-lari ke situ untuk mendapatkan maklumat.

Rakhine
Kredit : BBC Indonesia

Ketika tiba di situ kelihatan beberapa pemuda berbadan sasa yang memegang pedang dan parang kebingungan dengan kehadiran wartawan menyebabkan ada yang lari namun wartawan berjaya menahan beberapa yang lain.

Hasil soal siasat, mereka mengakui merupakan pemuda Buddha Rakhine dan mereka membakar rumah disitu dibantu oleh pihak polis. Antara yang dibakar adalah sebuah madrasah dan anehnya pemuda-pemuda yang membakar kawasan itu berlalu pergi melintasi polis yang membawa kami tanpa ada sebarang tindakan.

Sumber : BBC Indonesia

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 100.000000%

pengamal perubatan

Budaya Jijik Pengamal Perubatan Malaysia Perlu Diubah

Ganggu Wanita

Sultan Johor Larang Sesiapa Ganggu Wanita Terlibat Kontroversi