tmj dapat hadiah
in

TMJ Dapat Hadiah Kereta Mewah Aston Martin

TMJ Dapat Hadiah kereta mewah Aston Martin yang dihadiahkan oleh pihak pengurusan, jurulatih dan pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim.

JDT semalam telah menempa sejarah baru kelab mereka apabila melengkapkan koleksi piala mereka yang ke sepuluh setelah menjuarai Piala Sumbangsih menewaskan Kedah.

Ternyata langkah pembaharuan Tengku Mahkota Johor bermula pada tahun 2013 telah membuahkan hasil apabila JDT kini menjadi antara kelab digeruni oleh kelab bolasepak di Malaysia.

Baca>> Hadiah Istimewa TMJ Buat Rakyat Johor

Setelah berjaya menjulang piala semalam, ternyata pihak kejurulatihan dan pemain telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah Aston Martin N430 berwarna biru merah kepada Tengku Mahkota Johor.

Kereta tersebut diberi sentuhan merah dan biru sempena warna rasmi kelab JDT. Aston Martin Vantage N430 dikuasai enjin V8 4.7 liter dan dikuasai 436 kuasa kuda.

Kereta tersebut boleh memecut dari keadaan pegun 0 ke 100 kilometer per jam dalam masa hanya 4.8 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 306 kilometer per jam.

Harga kereta tersebut mencecah RM500,000 jika dilihat dari harga rasmi namun mungkin boleh mencecah RM1 juta jika diimport masuk berdasarkan kiraan cukai dan sebagainya.

JDT baru-baru ini tewas dengan jumlah jaringan yang agak besar kepada Muangthong United dalam aksi kelayakan piala AFC. Dalam perlawanan tersebut JDT dilihat terlalu banyak melakukan kesilapan di kawasan pertahanan hingga membolehkan pemain Muangthong memanipulasi keadaan dan menjaringkan 5 gol berbalas 2.

Kredit : Johor Southern Tigers

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

maut didera

Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Maut Didera Bapa Kandung

Farid Kamil Dakwa Diberi Dadah

Farid Kamil Dakwa Diberi Dadah Oleh Rakan Artis