TMJ BIdas Dakwaan JDT bayar papan iklan
in

TMJ Bidas Dakwaan JDT Bayar Papan Iklan Chelsea

TMJ bidas dakwaan JDT bayar papan iklan Chelsea pada perlawanan Piala Carabao menentang Nottingham Forest semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan dalam laman rasmi Johor Southern Tigers dengan menerangkan bahawa ia berlaku atas hubungan diplomasi antara JDT dan beberapa penaja serta kelab luar negara.

Mari berbicara mengenai duit.

Berkenaan dengan kenyataan beberapa pihak yang mengatakan jika mempunyai duit, semua perkara boleh dilakukan. Saya sokong kenyataan tersebut, tetapi jika ada duit tetapi tidak mempunyai akal fikiran, satu perkara pun takkan jadi. Saya bagi beberapa contoh di negara ini dan negara terdekat.

Ada juga beberapa individu berstatus tinggi yang mempunyai duit lebih daripada saya dan mempunyai pasukan bola sepak tetapi jika dibandingkan pencapaian di dalam dan di luar padang, Kelab Bolasepak JDT telah jauh kehadapan meninggalkan kelab yang lain ini. Jadi, ini bukan sahaja mengenai kewangan tetapi perancangan dan pendidikan yang telah diterapkan.

Apabila saya, rakyat negeri Johor dan penyokong JDT sedang bergembira dengan kejayaan JDT menjuarai Liga Super untuk empat tahun berturut-turut, seperti biasa muncul suara yang belum ada lesen cuba cari punca yang menonjolkan kebodohan sendiri yang berasa tidak puas hati.

Baru-baru ini ada yang mengatakan nama Kelab Bolasepak JDT terpapar di LED board Stadium Stamford Bridge ketika perlawanan Chelsea menentang Nottingham Forest telah dibayar. Biar saya dedahkan pengalaman yang saya lalui selama ini tanpa mengeluarkan duit.

Datuk moyang saya, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar telah mendidik anak dan cucu cicit baginda tentang perhubungan diplomasi. Dengan adanya perhubungan yang baik melibatkan dua pihak antara ketua pemimpin atau syarikat, kami boleh mencapai pelbagai perkara tanpa penglibatan duit.

Nama Kelab Bolasepak JDT yang tertera di Stadium Stamford Bridge, satu sen pun saya tidak bayar. Tetapi kenapa ia boleh terjadi? Ia kerana mereka adalah sahabat saya. Saya mempunyai ramai sahabat. Saya bagi contoh. Pada dulu ketika Gary Steven Robat digantung oleh FAM, saya telah menghantar beliau berlatih di Borussia Dortmund tanpa apa-apa bayaran. Kerana sahabat saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Pembangunan Akar Umbi Borrusia Dortmund, Edwin Boekamp.

Saya juga tidak membayar satu sen ketika JDT menghantar skuad remaja JDT ke Valencia kerana pemilik kelab tersebut adalah sahabat baik saya iaitu Mr. Peter Lim. Ketika JDT mengadakan perlawanan pra-musim awal musim 2017 di Thailand, saya juga tidak mengeluarkan apa-apa duit melainkan kos kapal terbang sahaja disebabkan kawan saya, pemilik Buriram United, Newin Chidchob yang telah menjaga makan minum termasuk hotel penginapan kami semua.

Baru-baru ini sahabat baru saya iaitu Mr. Pairoj Piempongsant, daripada syarikat Carabao Co. Ltd ingin mengucapkan tahniah kepada saya dan JDT dengan meletakkan ucapan tersebut di LED board Stadium Stamford Bridge. Selain itu, pada 23hb September 2017, sahabat saya dari King Power pula mahu mengucapkan tahniah kepada JDT di LED board Stadium Leicester City ketika menentang Liverpool.

Jadi, kepada anda semua yang mengatakan semua benda perlu menggunakan duit, ada perkara yang saya capai dengan duit dan banyak perkara saya capai tanpa mengeluarkan duit. Inilah pendidikan yang ingin saya kongsikan kepada orang ramai yang saya hormati sekalian. Sebelum kita buka mulut, kita fikir dahulu. Tidak semua perkara perlu duit atau mungkin mereka yang selalu mengatakan perkara sebegini adalah mereka yang sudah selalu terima ‘dedak’ politik.

Secara tidak langsung, saya bukan sahaja telah membina sebuah empayar perhubungan saya dengan dunia bola sepak, tetapi juga dengan delegasi dari negara luar. Ia bukan sahaja dapat mengembangkan Kelab Bolasepak JDT tetapi turut sama memberi peluang kepada negeri Johor untuk membawa lebih ramai lagi pelabur dan memberi peluang untuk membantu negeri Johor menjadi kuasa ekonomi dalam negara.

Dan yang terakhir sekali, ada yang mengatakan sambutan kejuaraan JDT seolah-olah seperti sudah memenangi Piala Dunia. Saya juga telah dididik apabila anda telah berjaya dalam sesuatu perkara, anda perlu meraikannya sebesar-besarnya.

Ini kerana tidak ramai di dalam dunia ini boleh berjaya. Saya mengadakan sambutan besar-besaran ini bukan sahaja disebabkan kami telah mencipta sejarah tetapi ia adalah simbolik kepada status kelab JDT daripada kelab yang kerdil menjadi sebuah kelab yg besar.

Ini juga untuk menunjukkan kepada dunia yang negeri Johor bukan sahaja sedang membangun, tetapi juga menjadi contoh dalam pentadbiran kerajaan, kuasa ekonomi dalam negara serta untuk memberitahu tentang kejayaan negeri ini. Ia secara tidak langsung turut melambangkan pembangunan negeri Johor Darul Ta’zim.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Sumber : Johor Southern Tigers

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

-2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 100.000000%

Korea Utara Beri Akses Ruang Udara

Korea Utara Beri Akses Ruang Udara Khas Pada TMJ

gunung agung bali bakal meletus

Gunung Agung Bali Bakal Meletus, Pelancong Disarankan Berjaga-Jaga