tilam dikencing
in ,

Tilam Dikencing Dan Rumah Seperti Kandang Haiwan

Tilam Dikencing Dan Rumah Seperti Kandang Haiwan, itu antara perbuatan keji beberapa anak muda yang menyewa di sebuah rumah dipercayai di Kuantan(akan kami kemaskini lokasi kejadian).

Seorang wanita yang menggunakan nama Facebook Puteri Syafiqah memuatnaik satu kemaskini gambar keadaan rumah yang disewakan ayahnya kepada beberapa orang pemuda.

Pertama kali melihat gambar tersebut, ia tidak ubah seperti sebuah kandang haiwan kerana keadaan rumah yang sangat teruk dan menjijikkan.

Beberapa keping gambar menunjukkan keadaan dapur yang sangat kotor dan sinki dipenuhi sampah sarap dan bekas makanan yang berulat, manakala di ruang tamu kelihatan sofa yang tersangat kotor dan berwarna kehitaman.


Baca>> Wanita Kristian Ini Tegur Aliff Syukri Di Ruangan Komen

Mereka dipercayai menyewa rumah tersebut hampir 6 bulan, dan sudah beberapa bulan wang sewa rumah tertunggak menyebabkan pemilik rumah bertegas akan mengunci rumah dan motor jika tidak melangsaikannya.

Mereka bergegas keluar ke ATM untuk mengeluarkan duit, dikesempatan itu pemilik rumah telah masuk ke dalam rumah untuk melihat keadaan rumahnya.

Alangkah terkejut sekali apabila melangkah masuk saja ke dalam rumah, ia sudah tidak ada rupa rumahnya yang mula-mula disewakan dahulu. Malahan ia sudah boleh dikategorikan sebagai ‘JAHANAM’ dengan keadaan rumah sebegitu.

Menurut Puteri, ibunya menganggap pemuda-pemuda itu seperti anak sendiri dan tergamak mereka melakukannya. Selepas membayar gantirugi, mereka meminta untuk diberikan tempoh sehari sebelum angkat kaki dari rumah tersebut dan ayahnya membenarkan untuk mereka bermalam sehari.

Alangkah terkejut apabila mereka datang keesokannya setelah pemuda itu keluar, air paip tak ditutup serta beberapa kerosakan lain juga dibuat dipercayai untuk membalas dendam.

Tilam di bilik tidur penuh air kencing, tong gas hilang dicuri, bantal dikoyak dan kipas disetiap bilik lesap dicuri mereka.

Diharap penyewa lain lebih berhati-hati sebelum menyewakan rumah kepada orang lain supaya kerugian dan kerosakan seperti ini tidak berlaku.

Kami kepilkan beberapa gambar yang dimuatnaik puteri, jangan lihat jika anda sedang mengandung atau sedang makan.

Sumber : Puteri Syafiqah

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Teguran Wanita Kristian Ini Buat Ramai Tersentap

maut didera

Kanak-Kanak Perempuan 9 Tahun Maut Didera Bapa Kandung