Sultan Abdul Halim
in

Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Mangkat Di Istana Anak Bukit

Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah telah mangkat di Istana Anak Bukit, Kedah.

Hal ini disahkan dengan pengumuman dibuat oleh Johor Southern Tigers yang kita tahu merupakan antara lidah rasmi bagi Tengku Mahkota Johor.

Almarhum merupakan Sultan Kedah yang ke-28 sejak tahun 1958 hingga kini. Pernah menyandang tugas sebagai Yang DiPertuan Agong ke-14, Timbalan Yang DiPertuan Agong Ke-13, Yang Dipertuan Agong ke-5 dan Timbalan Yang Dipertuan Agong Ke-4.

sultan kedah

Almarhum Sultan Abdul Halim mempunyai 2 sultanah yang rasmi iaitu Tuanku Hajjah Bahiyah yang mangkat pada tahun 2003 dan Che Haminah Hamidun yang merupakan Sultanah Kedah sehingga kini.

Baca >> Rohingya, Cukuplah Buat Malaysia Tersepit

Baginda juga mempunyai 3 puteri yang 2 daripadanya adalah kembar bernama Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Almarhum merupakan Sultan yang disayangi oleh rakyat negeri Kedah dan juga disenangi ketika menjadi Yang DiPertuan Agong kerana raut wajahnya yang tenang dan sentiasa memberikan senyuman.

Semoga rohnya dicucuri rahmat, takziah diucapkan kepada seluruh rakyat negeri Kedah dari kami keluarga Viral Media. Al-Fatihah

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

naturalisasi

Rohingya : Fadli Minta Diberi Kerakyatan Atau Naturalisasi

sultan kedah

Cucu Sultan Kedah Dedah Sisi Sultan Abdul Halim Yang Terpuji