in

Resepi Rahsia Roti Canai Atas Penutup Kumbahan

Resepi Rahsia Roti Canai

Resepi Rahsia Roti Canai Yang Sangat Memualkan Tekak Anda.

Tindakan jijik sebuah restoran nasi kandar memproses tepung roti canai atas ruang penutup tangki kumbahan menyebabkan premis itu diarah tutup serta-merta.

Tindakan itu dikesan susulan pemeriksaan dilakukan sekumpulan penguat kuasa ke atas premis di Jalan Seberang Perak, di sini, menerusi operasi pemeriksaan halal.

Dua lagi premis nasi kandar di sekitar bandar raya ini turut diarah tutup selama 14 hari ialah restoran nasi kandar di Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Lencong Barat selepas gagal memenuhi piawaian ditetapkan, terutama dari segi kebersihan.

Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Halal) Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Rosyadah Ramli, berkata operasi bermula jam 10 pagi hingga 2 petang itu tertumpu kepada enam restoran nasi kandar di sekitar bandar raya ini.

“Daripada enam yang diperiksa, tiga diarah tutup serta-merta kerana kebersihan tidak memuaskan.

“Kita diperiksa, kita menemui najis lipas dalam premis, selain persekitaran dalam kedai berisiko mengundang kehadiran tikus disebabkan ada bahan mentah tidak ditutup.

“Kita turut mengesan ada pekerja restoran menguli tepung roti canai atas ruang penutup tangki kumbahan najis di belakang premis dan ia agak menjijikkan,” katanya yang mengetuai operasi berkenaan.

Selain JAIK, operasi membabitkan 30 anggota itu turut disertai Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri serta Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Rosyadah berkata, sepanjang tempoh diberi, semua premis berkenaan diarah melakukan pembersihan dan penyucian sebelum penilaian semula dilakukan ke atas semua tiga premis berkenaan.

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Digilis Depan Mata

Digilis Depan Mata, Lelaki Ini Masih Belum Boleh Lupakan Tunangnya

Pengarah Nafi Arah Afifah Dekati Aliff Aziz