in

Petua ‘Pelaris’ Jadi Kaya Dari Dato’ Ini Pasti Buat Anda Termenung Panjang & Tepuk Dahi.

Disclaimer : Petua Pelaris ini bukan tentang bersedekah mahupun Solat Dhuha.

“Dari dulu saya amalkan perkara ni, Alhamdulillah rezeki sentiasa mencurah-curah. Selain kita amalkan sedekah & Solat Dhuha, ada lagi PELARIS bisnes yang ada dalam rumah kita je”

Itu antara dialog awal dalam bual santai aku bersama Dato’ Kamarul, pengasas jutawanproduk.com. Suspen aku dibuatnya, hati membuak-buak nak tahu petua tu.

Ke Dato’ ni percaya tok bomoh?

“Kita tak perlu percaya pada amalan syirik, tak perlu jumpa tok bomoh di puncak gunung ke, sedangkan ‘pelaris’ bisnes kita ada tidur sekatil dengan kita, bagi yang dah berkahwin”

“Ya, bagi si suami, isteri adalah pelaris. Bagi si isteri, suami lah pelaris kepada bisnes kita”

“Cuba tanya pada diri kita, berapa kerap kita stress di rumah, bergaduh suami isteri, sebab bisnes kita?”

Termenung kejap aku, bila soalan tu ditanya oleh Dato’ Kamarul.

“Bila kita saling membahagiakan pasangan kita, barulah perkahwinan itu boleh jadi pembuka 1001 rezeki kepada kita”

Setiap bait kata-kata dari Dato’ Kamarul yang lebih selesa dipanggil ‘Abang Kamarul’ ni, kerap kali diselangi dengan gelak tawa, senyuman dia pada Kak Aisyah, isteri beliau.

Cara perbualan mereka berdua pun boleh buat kita nak ‘potong kaki’ sebab terlalu sweet.

Hasil dari perbualan panjang tu, ini antara dialog yg aku sempat catatkan. Maafkan aku kalau ada tertinggal petua-petua lain.

1.“UCAP TERIMA KASIH PADA PASANGAN KITA”

Petua Pelaris Dato' Kamarul
Dato’ Kamarul & Datin Aishah Ketika Bercuti Di Eropah

“Berapa ramai dari kita yang sentiasa ucapkan terima kasih pada pasangan kita? Si suami, jika balik dari office, ucapkan terima kasih pada isteri sebab jagakan anak dan rumah untuk kita”

“Si isteri, ucaplah terima kasih pada si suami, kerana dah letih seharian berusaha untuk keluarga.”

Nampak simple, tapi ramai sangat terlupa bab ni.

2. “JANGAN UNGKIT TENTANG USAHA KITA”

Dato’ Menghadiahkan Datin Aishah Kereta Idamannya

“Berapa ramai suami yang kerap ungkit usaha dia bila bergaduh dengan isteri?”

“Bila bergaduh, mula lah, si suami kata, dia dah letih seharian cari duit untuk keluarga, jangan bagi dia stress lah, itu lah”

“Cari nafkah itu memang tanggungjawab kita, jangan diungkit. Jika mula ungkit, itulah permulaan kepada masalah rezeki kita”

3. “JANGAN SEMBANG PASAL BISNES BILA DAH MASUK BILIK TIDUR”

Petua Pelaris Dato' Kamarul

“Anggap lah bilik tidur ni khas untuk berkasih sayang saja. Tinggalkan segala perkara lain di luar pintu bilik tidur.”

“Usah cerita walau sepatah pasal perkara berkaitan bisnes bila dalam bilik tidur”

“Kalau atas katil sebelum tidur pun kita sibuk main fon kononnya ‘bernetworking’ dengan sahabat FB, itulah permulaan kepada masalah rumahtangga.”

4. “MINTA MAAF SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR DENGAN PASANGAN KITA”

“Kita manusia tak terlepas dari buat silap. Ada masa kita terlepas cakap, terbuat pasangan kita terasa hati, jadi minta maaf lah setiap kali sebelum tidur”

“Jangan tunggu hari raya saja. Saling bermaafan. Jadikan ini amalan harian”

5. “BERMANJALAH SEPERTI KANAK-KANAK”

“Jangan keras sangat hati kita. Konon dah terlalu tua untuk bermanja dengan pasangan.”

“Cuba lah bermanja seperti seorang kanak-kanak, tiada tembok ego bila kita kecil-kecil dulu untuk bermanja”

“Bermanjalah, hidup ini sangat singkat untuk serius sepanjang masa.”

Kata Dato’ Kamarul, cuba lah amalkan 5 perkara ini saja dulu. Lihat sendiri perbezaan hidup kita lepas tu.

Termenung panjang aku. Betul lah orang kata, berkahwin itu boleh jadi pembuka pintu rezeki buat kita. Tapi jika tidak dijaga betul-betul hubungan ini, ia boleh jadi sebaliknya.

Dan kata-kata akhir beliau sekali lagi buat aku termenung panjang.

“Jika sebelum kaya pun kita tak sweet dengan pasangan, lepas kaya nanti, agak-agak kita akan makin sweet atau makin lupa diri?”

“Mulakan sekarang.”

Jom kita sama-sama share perkongsian ini untuk jadi panduan kita semua.

Terima kasih Dato’ Kamarul.

Dato Kamarul yang sempoi tidak merasa kekok untuk turun di jalanan bersama sahabat-sahabat memberi bantuan kepada yang memerlukan
Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Aliff Aziz ‘Berdamai’ Dengan Isteri

Dibakar Hidup-Hidup

Dibakar Hidup-Hidup Kerana Disyaki Curi Amplifier Masjid