in

Pengarah Nafi Arah Afifah Dekati Aliff Aziz

Aliff Aziz

Pengarah Izinkan Aku Mencintaimu menafikan dakwaan pelakon, Afifah Nasir, kononnya beliau dipergunakan oleh pihak produksi untuk memujuk dan melayan kerenah gandingannya dalam drama terbabit, Aliff Aziz, bagi melancarkan baki penggambaran.

Manchi atau nama sebenarnya, Mansor Akob, berkata sepanjang penggambaran berlangsung, tiada arahan sedemikian dikeluarkan pihaknya.

“Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat.

“Soal masalah di set penggambaran itu perkara biasa dan tidak boleh dielak. Namun, kedua-dua pelakon utama memberikan komitmen dan kerjasama baik,” katanya ketika ditemui di lokasi drama berkenaan di sini hari ini.

Aliff Aziz

Mengenai insiden di premis hiburan di Cheras membabitkan Aliff dan isterinya, Bella Astillah serta Afifah pada 27 Julai lalu, Manchi mendakwa tidak tahu menahu mengenai hal itu yang dikhabarkan atas urusan produksi.

“Saya tak tahu mengenai perancangan di pusat karaoke itu,” katanya.

Isnin lalu, Afifah menerusi sidang media diadakan di pejabat peguamnya di sini, mengakui insiden di pusat karaoke itu adalah atas urusan kerja.

Beliau turut mendakwa keluar dengan pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu kerana mengikut perancangan pihak produksi bagi melancarkan kerja penggambaran.

Menerusi kenyataan balasnya, Aliff menyifatkan komen Afifah mengaitkan pihak produksi sebagai mengarut dan tidak masuk akal.

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

Resepi Rahsia Roti Canai

Resepi Rahsia Roti Canai Atas Penutup Kumbahan

5 Tempat Berhantu Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu