Pelancong Malaysia
in ,

Pelancong Malaysia Viral Kerana Buat Onar Di Jepun

Nota : Nampak button SHARE kat atas? Tolong tekan, TQ

3 orang pelancong Malaysia menjadi tular di Jepun setelah mereka merosakkan dapur dan berkelakuan jijik di sebuah rumah tumpangan di sana.

Kisah ini kami dapat sendiri dari pemilik rumah tumpangan tersebut yang sudi memberikan sedikit info dan jalan cerita bagaimana keadaan itu terjadi.

Lebih menarik lagi, dakwaan itu juga disertakan dengan bukti video CCTV yang memaparkan situasi pergaduhan tersebut.

Pelancong Malaysia

Ia bermula apabila 3 orang pelancong tersebut mendakwa mereka terlepas penerbangan pulang ke Malaysia pada hari Rabu 16 Ogos.

Mereka bertiga telah memohon jasa baik pemilik rumah tumpangan untuk menginap selama beberapa hari bagi menyelesaikan urusan pulang ke Malaysia.

Pelancong Malaysia

Mereka juga diberi penginapan percuma kerana tidak mempunyai wang langsung, atas dasar sesama Islam pemilik rumah tumpangan memberi kelonggaran.

3 Pemuda ini tiba pada jam 9 malam dan staff dari Malaysia (berbaju biru) telah membawa mereka ke bilik masing-masing. Selepas 20 minit, 3 pemuda tersebut pergi ke dapur dan mula memasak makanan dengan jumlah yang sangat banyak.

Pelancong Malaysia

Kebetulan staff mereka sedang melakukan rondaan dan melihat aktiviti mereka, dia bertanyakan sama ada mereka ingin membuat parti atau keramaian.

Mereka katakan tidak, cuma memasak untuk rakan-rakan yang tinggal berdekatan kerana mereka tidak mempunyai dapur di tempat mereka.

UPDATE >> Video Penjelasan Suspek Kes Tumbuk Dinding Di Jepun

Peraturan di rumah tumpangan tersebut tidak membenarkan mereka memasak pada waktu malam, namun tiba-tiba mereka mengamuk dan ingin bergaduh dengan staff tersebut.

Salah seorang pemuda mula menumbuk dinding sehingga berlubang dan kos membaiki dinding tersebut adalah 130,000 Yen(RM5,000++).

Lebih teruk lagi, setelah mereka keluar pihak rumah tumpangan terkejut bila bilik mandi mereka di penuhi najis dipercayai ucapan selamat tinggal dari pemuda tersebut.

Staff tersebut telah menyerahkan wang 130k Yen kepada pemilik rumah tumpangan dikatakan dari pemuda tersebut sebagai ganti rugi.

Pelancong Malaysia

Namun setelah didesak, rupa-rupanya mereka telah mengugut staff tersebut untuk membayar gantirugi menggunakan wangnya sendiri.

Kejadian ini menjadi viral di Jepun dan pihak media Televisyen bakal mengeluarkan rakaman tersebut di rancangan TV Jepun beberapa hari.

Ternyata sikap sebegini sangat-sangat memalukan Malaysia dan nama negara kita telah busuk di kalangan penyedia perkhidmatan pelancongan di sana.

Update : Video CCTV

Posted by Ema Vitti on Friday, August 18, 2017

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

-7 points
Upvote Downvote

Total votes: 9

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 11.111111%

Downvotes: 8

Downvotes percentage: 88.888889%

Joy Revfa

Hafiz Hamidun Nafikan Dia Lemah Batin

Suspek Tumbuk Dinding

Suspek Kes Tumbuk Dinding Di Jepun Beri Penjelasan