rangsang kanak-kanak
in

Lelaki Ditahan Kerana Rangsang Kanak-Kanak 17 Tahun Lalu

Lelaki Ditahan Kerana Rangsang Kanak-Kanak berusia 8 tahun pada 17 tahun yang lalu.

Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka hari ini, selepas hampir 17 tahun gagal dikesan atas tuduhan merangsang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.Tertuduh yang berusia 66 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di depan Hakim Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merangsang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun iaitu anak tirinya, 8.30 malam 19 Ogos 2001 di sebuah rumah di Pangsapuri Tangga Batu di sini. Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tiga tahun dan maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Baca >> Dua Beradik Dijadikan Tempat Pemuas Nafsu Si Bapa Selama 5 Tahun

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi mencadangkan kepada mahkamah untuk tidak menawarkan jaminan atas alasan boleh mengganggu mangsa dan saksi lain.

“Waran tangkap pernah dikeluarkan ke atas tertuduh pada 7 Mac 2002 dan dia hanya berjaya ditangkap pada 22 Januari 2018. Ini menunjukkan kalau dibenar jamin, tertuduh sekali lagi akan melarikan diri.

“Pohon tarikh untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen,” kata Siti Ruvinna ketika berhujah.

Begitupun, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu dibenar jamin dengan alasan tidak lagi berkerja dan sudah berusia selain berjanji tidak akan lari dan sedia mematuhi arahan mahkamah.

“Selama ini, saya tidak pernah dihubungi mahkamah berkaitan waran tangkap sehinggalah apabila saya ditangkap.

“Saya tidak ada kerja tetap dan tidak akan lari . Mohon dibenarkan jamin,” kata tertuduh.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Norma menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen selain menawarkan tertuduh dijamin RM15,000 dengan seorang penjamin, dan dikenakan syarat untuk tidak mengganggu mangsa serta saksi lain.

“Jika didapati anda mengganggu saksi dan mangsa, jaminan akan ditarik balik,” kata Norma.

Sumber : Harian Metro

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Tealive Dikecam Guna Tagline Calon Temuduga Tanpa Kebenaran

iqram dinzly

Iqram Dinzly Live Instagram Lagu Pematah Hati