kisah talam dua muka
in

Kisah Talam Dua Muka Pelajar IPTA Islam Malaysia

Kisah talam dua muka pelajar IPTA Islam Malaysia ini merupakan kisah yang diceritakan oleh pemandu Uber yang kami naiki.

Pada malam tersebut kami baru sahaja selesai mendarat di KLIA2 dan tanpa berlengah kami membuka aplikasi Uber dan memilih destinasi ingin dituju, selepas beberapa saat menunggu akhirnya aplikasi memberikan seorang pemandu untuk kami.

Oleh kerana kami memesan UBERXL, jadi pemandu yang membawa kami menggunakan sebuah Perodua Alza. Abang Kasim(Bukan nama sebenar) menelefon saya dan bertanya dimana pintu yang saya mahu dia ambil dan saya memberikan panduan padanya.

Dalam masa 10 minit datang sebuah Perodua Alza berhenti tepat dihadapan saya, agak geram juga kerana lewat sampai sedangkan dia berada dekat dari kawasan itu. Kami terus memasukkan barang ke dalam kereta dan masing-masing yang kepenatan sudah duduk dalam kereta.

Kereta meluncur keluar dari KLIA2, abang Kasim tiba-tiba meminta maaf kerana lewat sampai. Ada kejadian kemalangan berlaku didepan matanya ketika dalam perjalanan mengambil kami, sebuah kereta Vios bertembung dengan Limosin kerana sikap gopoh dan tidak peka pemandu Vios tersebut.

Kami pada awalnya agak marah mulai reda bila mendengar penjelasan tersebut, betul lah orang kata jangan bersangka buruk dahulu. Abang kasim membuka bicara dengan bertanyakan beberapa soalan pada kami.

“Korang dari mana ni?”

“Dari Laos bang, ada trip dengan budak2 ofis ni”

Kami berbual rancak mengenai pekerjaannya, tanggungjawab abang Kasim terhadap keluarga dan banyak soalan tertumpu pada pekerjaannya sebagai pemandu UBER itu. Dengan lambakan pemandu di Malaysia ini, bagaimana abang Kasim boleh ‘survive’.

Tiba-tiba salah seorang rakan bertanya satu soalan yang jawapannya menyebabkan kami terpaku sebentar’

“Abang selalu bawak area mana? KL ke?”

“Abang area Ampang je dik, tak larat masuk KL. Banyak dugaan”

“Dugaan apa bang? Saingan banyak ke?”

“Bukan tu, dugaan lah. Aduh susah nak cakap, dugaan jiwa.”

Kami mulai faham dengan jawapan itu, masing-masing tiba-tiba segar dan ingin mengetahui lebih lanjut.

“Contoh dugaan paling besar abang dapat atau yang abang rasa geram?”

“Abang pernah dapat satu trip dari Zouk, KL”

Beberapa rakan kami yang terpinga-pinga dek kerana kesucian hati dan rohani mula bertanya apa itu Zouk. Kami menerangkan serba sedikit mengenai bangunan Zouk yang menjadi tatapan umum setiap kali melalui Jalan Tun Razak itu. Abang Kasim menyambung…

kisah talam 2 muka

“Dekat dalam Map dia tulis nama jalan ja, tak tahu pula abang dia suruh pickup di Zouk. Tapi sebab dah sampai abang terima saja trip ni, ada 3 orang gadis melayu. Agak cantik ketiga-tiganya dan pakaian korang tahu2 la orang pergi kelab macam mana kan.”

“Oh, macam tu kami tahu bang. Selalu nampak dah, apa yang menariknya?”

“Sabar dulu, itu tak menarik lagi. Abang tak cerita lagi destinasi dia, sebab awal-awal abang tak terkejut tengok destinasi dengan tempat abang ‘pickup’. Tapi bila dah tahu dekat Zouk, abang terkejut jugak tengok destinasi.”

“Diorang nak pergi mana?”

“Destinasi dia U** lah, universiti yang islamik tu korang mesti tahu kan?”

“Biar betul bang, tak kan pak guard lepas masuk macam tu je?”

“Yang ni part kelakar, keluar Zouk pakai seksi dik. Sekali sampai depan pintu pagar je abang terkejut toleh belakang nampak 3 orang sudah siap berjubah. Celah mana diorang sarung laju macam tu pun abang tak tahu. Tapi sebab nampak 3 orang berpakaian macam tu, dan abang perkenalkan diri sebagai pemandu Uber terus dibenarkan masuk. Abang hantar sampai dalam lepas tu terus abang blah. Abang dah terus jarang ambil orang dekat area KL lepas tu sebab tak nak terambil jenis-jenis macam ni.”

“Dahsyat jugak bang, sampai tahap tu sekali diorang. Tapi mungkin beberapa punya perangai je tu, bukan semua macam tu sebab saya ada gak beberapa rakan dari uni tu”

“Ye rasanya, tapi bagi abang kalau dah perangai macam tu tak usah la teruskan belajar kat situ. Merosakkan nama pusat pengajian tu sendiri”

Kami akhirnya sampai ke halatuju dan mengeluarkan semua barang serta membayar tambang pada abang Kasim.

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Kanak-Kanak Rohingya Dipergunakan Untuk Kutip Derma

warga emas lumpuh

Warga Emas Lumpuh Ditemui Tanpa Pakaian Dan Dikurung