in , , ,

Kapal Terbang Bawa 99 Penumpang Hampir Habis Minyak Selepas Pilot Lupa Naikkan Gear Mendarat

Dua pilot telah digantung tugas selepas pesawat yang membawa 99 penumpang yang dipandu mereka kehabisan minyak apabila mereka terlupa untuk menaikkan semula gear mendarat, kata laporan.

Ketika disedari, pesawat Air India penerbangan AI676 sudah berada di udara selama 90 minit daripada penerbangan yang mengambil masa selama 2 jam setengah itu.

Pesawat tersebut dengan secara dialihkan ke Nagpur selepas pilot dikatakan sedar pesawat itu tidak mempunyai minyak yang cuup untuk tiba di destinasinya.

Disebabkan lupa menaikkan gear itu, geseran tambahan berlaku menyebabkan pesawat terbabit kehabisan minyak dalam kadar yang cepat, kata laporan.

Satu sumber memberitahu PPrune: “Pesawat Airbus A-320 itu terus terbang ke atas pada kadar yang sangat perlahan.”

Difahamkan, pesawat itu terbang di altitud yang lebih rendah dari normal dengan kelajuan 426 km/j berbanding kelajuan biasa 926 km/j.

Pilot pesawat itu, yang kedua-duanya perempuan, perasan apabila minyak menurun dengan kadar pantas sebelum meminta kebenaran untuk mengalih pesawat ke Nagpur.

Ketika mereka mahu mendarat di Nagpur, baru mereka sedar bahawa ger mendarat tidak dinaikkan sejak mereka berlepas dari Kolkata.

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Aliff Aziz Dibebaskan Dengan Ikat Jamin (Video)

Mengapa Ada Lubang-Lubang Pada Biskut? Ini Jawapannya