in ,

Farid Kamil Dakwa Diberi Dadah Oleh Rakan Artis

Foto : ASTRO GEMPAK

Farid Kamil dakwa diberi dadah dalam minumannya oleh rakan artis berhubung kesnya baru-baru ini.

Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di Balai Polis bulan lalu.

Dalam satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail pada 31 Januari 2018, Farid juga menuduh kekerasan ke atasnya oleh pihak polis semasa ditahan reman kerana menyerang polis dan orang awam.

farid kamil berkelakuan aneh

Berdasarkan laporan yang diterima akhbar Malay Mail, Farid menuduh tiga rakan artis lain yang bertanggungjawab memberinya dadah dan menyebabkan perlakuannya di Balai Polis Kota Damansara.

Selain itu, Farid juga melaporkan yang dia tidak begitu waras ketika itu disebabkan minumannya dicemari dengan dadah oleh ketiga-tiga rakan artisnya, sehari sebelum insiden berkenaan berlaku.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.

Selain itu, Farid juga mendakwa dia diberikan rokok yang bersalut dengan sejenis cecair yang tidak dikenalpasti oleh tiga rakan tahanan sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.

Farid juga menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap layanan daripada pihak polis ketika ditahan reman dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan kecederaan ke atas dirinya.

Farid Kamil Dakwa Diberi Dadah
Foto : ASTRO GEMPAK

Farid juga mempersoalkan tentang tularnya gambar penahanannya kepada pihak media sewaktu ditahan.

Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

“Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan,” katanya.

Kredit : Astro Awani

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

tmj dapat hadiah

TMJ Dapat Hadiah Kereta Mewah Aston Martin

neelofa dikeca,

Neelofa Dikecam Saran Produk Putih Untuk Bayi