in ,

Falcon SpaceX, Roket Pertama Yang Boleh Mendarat Sendiri

Falcon SpaceX Heavy semalam telah mencipta sejarah baru dalam bidang angkasa lepas apabila ia telah melakukan demonstrasi pelancarannya di ‘Kennedy Space Centre’ di Florida.

Namun apa yang menariknya, pelancaran roket ini bukan dibuat oleh badan kerajaan atau negara-negara di dunia kerana ia dilancarkan oleh syarikat swasta yang dimiliki oleh Billionair Elon Musk.

SpaceX merupakan syarikat swasta yang mereka, mengeluarkan dan melancarkan roket dan kapal angkasa yang canggih serta berlainan dari model-model yang ada ketika ini.

SPACE X HEAVY TEST FLIGHT

SpaceX diasaskan oleh Billionair terkemuka, Elon Musk yang juga pengasas kepada syarikat kereta pandu sendiri tercanggih dunia iaitu Tesla Motor, HyperLoop dan Solarcity. Namun ramai yang tidak tahu sebenarnya Elon Musk adalah pengasas X.com yang kini ditukar nama kepada Paypal.

Sebelum ini SpaceX telah melancarkan beberapa roket pada tahun 2015 hingga 2017 dimana beberapa roketnya meletup ketika sudah berlepas dan ada yang meletup ketika mahu berlepas.

falcon spacex

Roket berkebolehan mendarat dengan sendirinya diatas pad selepas pelancaran telah berjaya melakukan pendaratan pertama pada bulan Mac 2017. Lebih menarik lagi roket utama tersebut berjaya melakukan pendaratan diatas pad sebuah kapal di tengah lautan Atlantic dan mencipta sejarah pertama didunia sebuah roket dicipta dan boleh digunakan semula.

ELON MUSK CAR ON WAY TO MARS

Menurut Elon Musk, misi syarikatnya ialah ingin membuat kos melancarkan sebuah roket ke angkasa lepas lebih murah berbanding cara sedia ada dengan menggunakan kembali penujah roket dan roket utama yang dilancarkan. Hal ini boleh menjimatkan kos dan mengurangkan jumlah roket yang terbuang begitu sahaja di lautan Atlantik.

Baca>> Bengang Dikritik Blogger, Elon Musk Balas Dendam

SpaceX Falcon Heavy dilancarkan bagi menghantar sebuah kereta Tesla milik Elon Musk sendiri ke planet Marikh, ini adalah permulaan dari cita-cita asalnya membina SpaceX iaitu MENGHANTAR MANUSIA KE PLANET MARIKH.

SpaceX dianggarkan telah kerugian lebih dari USD1 Billion dari kegagalan pelancaran roket sebelum ini namun mereka masih positif ingin meneruskan cita-cita mereka dimasa akan datang.

Sumber : SpaceX

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

neelofa dikeca,

Neelofa Dikecam Saran Produk Putih Untuk Bayi

Altimet Dedah Iqram Dinzly Hampir Naik Pentas