pengamal perubatan
in ,

Budaya Jijik Pengamal Perubatan Malaysia Perlu Diubah

Aku seorang doktor, medical officer to be precise. Untuk korang yang tak tahu apa itu medical officer, selepas tamat latihan houseman for 2 years, baru kau dilantik jadi Medical Officer. Alhamdulillah, sekarang aku dah tahun ke-2 sebagai MO di sebuah Hospital di lembah klang.

Kisah yang ingin aku paparkan ini adalah tentang satu perkara basic yang selalu diabuse oleh pengaMAL perubatan di Malaysia – Confidentiality. Isu ini aku rasa penting untuk aku ketengahkan sebab perkara ini adalah sangat sensitif terhadap pesakit, maklumat dan aib mereka namun sering dibuat main oleh doktor tak kisah daripada serendah-rendah houseman hinggalah specialist bahkan consultant.

Dalam dunia perubatan ni, ada beberapa etika yang kami patuhi dahn prinsip yang paling penting untuk kami patuhi ialah Confidentiality yang bermaksud menjaga maklumat sulit dan peribadi pesakit.

Patient-Doctor confidentiality ni adalah teras penting pada sesuatu rawatan kerana kami perlukan maklumat untuk sebaik mungkin merawat pesakit tersebut termasuklah maklumat yang sulit.

Tapi doktor pun perlulah peroleh kebolehan untuk meyakinkan pesakit untuk open up to them, kenalah emphasise yang kita menjaga maklumat dan hormati peribadi mereka dan nampak serious bila nak tanya soalan yang peribadi, nak tanya soalan peribadi pun janganlah tanya kuat-kuat ataupun tanya ketika ada orang lain sekeliling.

Aku nak educate pesakit, kalau anda rasa tak selesa untuk bagitahu sebab doktor tak cuba yakinkan anda ataupun situasi ketika itu ramai orang lain yang tidak berkenaan, boleh cakap sahaja pada doktor yang saya tak selesa untuk kongsikan maklumat peribadi di sini buat masa ini, biar doktor sedar that he or she isn’t doing a good job at allowing the patient to open up personal info.

Di sebalik kepercayaan ini, aku kecewa dengan abuse yang dilakukan oleh doktor-doktor yang aku kenal. Share gambar atau maklumat pesakit dalam group whatsapp lepas tu gelak ramai-ramai.

Lawak ke? Aku tak rasa diorang akan ketawa kalau itu ahli keluarga diorang, bahkan takkan share pun in the first place tapi bila pesakit yang tak kenal and then ada penyakit atau kecederaan yang memalukan, laju je snap gambar nama and umur pesakit lepas tu mengumpat, dosa secara berjemaah, jijik.

Ada sekali aku pernah sound junior MO aku yang lain, sebab apa? Sebab depan depan pesakit lain, diorang boleh bergossip about the patient next door sampai patient yang terdengar tu pun tersengih. Kalau aku jadi pesakit tu, aku akan cakap “Excuse me, I am here and you’re making fun of another patient in front of me? Do you make fun of my condition in front of other patients as well?” Tapi disebabkan aku sebagai senior, aku panggil diorang, i told them off.

Baca>> Maut Sebelum Sempat Masuk Meminang Kekasih Yang Dicintai 8 Tahun

“You guys think this is funny? Hey, isn’t this (confidentiality) is a part of your oath? Apa guna angkat sumpah lepas korang grad dulu kalau korang buat benda yang kau janji tak langgar? Ke laut etika”.

Kami hanya boleh disclose maklumat kepada personnel tertentu seperti specialist/consultant itupun untuk tujuan membantu management of that patient’s condition. Haram share maklumat kalau ianya tak membantu management, sebaliknya untuk berjenaka, you have betrayed the trust of patients.

Tapi doktor bukanlah golongan yang paling teruk yang tak respect confidentiality ni, siapa lagi teruk?

Nurses. Ya. Mulut joyah macam celaka. Sebab aku marah sangat ni sebab nurses yang mulut suka mengumpat dan gossip ni lah adik aku kena depression sampai 2 kali suicidal attempts sebab malu teramat. Penyakit/kondisi dia satu hospital tahu termasuklah doktor dan nurses lain yang takde kaitan dengan ward tu.

Benda ni bukan rare, common weh, selalu aku dengar diorang borak pasal pesakit dan kutuk-kutuk pesakit tapi some of theses nurses ni agak senior dan rapat dengan specialist, so apa aku buat aku akan stare maut je lah kat diorang sambil geleng kepala. Diorang nampak dan diam je lah tapi kalau tak diorang buat jugak.

Adik aku mengandung tapi gugur dan ya, ianya kandungan tidak sah but let’s not get into detail why that happens, as a brother, i should have done a better job menjaga adik sendiri but damage is done anyway, it becomes a lesson for me and my family. Tapi the worst part is bila sikap busybody nurses ni sampaikan doktor dan nurses lain datang ward adik aku datang nak tengok mana budak muda mengandung anak luar nikah tu, celaka perangai.

Aku sedih weh adik aku cerita nurse layan dia acuh tak acuh je seolah-olah jijik sangat adik aku sedangkan semua orang buat silap dalam kehidupan cuma silap itu berbeza. Ada yang bagi judgemental stare, cakap kasar kasar, semoga anak cucu korang kena benda yang sama and tengoklah mana kau sorok muka.

Judgemental nurse jenis mulut celaka, sampai hari ni aku dendam, tak maafkan mulut mulut nurse yang kuat gossip dan sebarkan aib adik aku. Specialist ada yang baik cuba support adik aku dan aku tapi tak kurang juga doktor lain yang pandang jijik terhadap aku dan adik aku.

Aku ingat lagi mak aku telefon cakap adik aku taknak keluar bilik lepas discharge dari ward. Aku ingat lagi kawan aku tanya, “Weh ini adik beradik kau ke?” sambil tunjuk gambar kad pesakit adik aku kat group whatsapp. What business do you have with the condition of my sister?

Satu yang aku nak ingatkan, kerja atau tugas utama doktor dan kakitangan kesihatan yang lain adalah untuk merawat, bukan untuk judge atau menghukum pesakit, itu kerja tuhan.

Sayangnya sebab title doktor di nama ataupun megah dengan cerita-cerita mulianya seorang doktor atau kakitangan kesihatan ni, ada yang terasa terlalu hebat dan suci sampai judge pesakit, pandang hina pada orang lain seolah-olah diri sendiri tak ada dosa dan aib. Kelebihan patient-doctor confidentiality adalah untuk memudahkan rawatan, bukan untuk disalahgunakan untuk tujuan hiburan.

Tujuan aku kena cerita adalah sebab no one is doing an active attempt untuk curb this issue, no one in all hospital dekat Malaysia, sepanjang training aku, aku dah kerja kat 2 hospital berbeza, sama je tahap profesionalism mereka. Bukan semua, ada doktor dan nurse yang aku betul-betul respect tapi mereka minority.

Takde siapa nak tell these doctors or nurses off, semua anggap macam biasa je. Diorang hanya risau bila jadi medicolegal issue. Betul, benda ini orang akan pandang remeh dan anggap benda biasa dalam dunia perubatan. Takde siapa yang berusaha untuk cegah dan marah medical personnel yang violate confidentiality.

Ingat amanah orang terhadap kita, jadi doktor dan nurse yang professional dan berintegriti, apa guna belajar tinggi-tinggi kerja professional tapi mindset dan mulut macam budak-budak tak bertamadun?

– Rashidah

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

iPhone x

Apple Lancar iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X

kejadian sebenar yang terjadi di rakhine

Wartawan Dedah Kejadian Sebenar Yang Terjadi Di Rakhine