• in

    Erra Fazira Bakal Dilamar Shahir AF8 Tahun Hadapan

    Erra Fazira Bakal Dilamar Shahir

    Erra Fazira Bakal Dilamar Shahir AF8 mengikut perancangan asal iaitu tahun hadapan.

    Shahir Zawawi mengakui akan meneruskan perancangannya untuk melamar pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, walaupun selepas dihambat pelbagai kontroversi sejak beberapa hari lalu.

    Shahir yang dikaitkan dengan wanita bernama Mona itu berkata, Erra juga memahami apa yang berlaku.

    “Saya ada bercakap dengan dia (Erra). Dia sendiri pun hidup sebagai anak seni dan faham kehidupan sebagai selebriti,” katanya.

    Baca >> Rahsia Twitter KFC Follow 11 Orang Yang Tiada Kaitan Dengan Mereka

    Ditanya sama ada dia akan memilih Erra ataupun Mona sebagai teman hidup, ini jawapan Shahir.

    “Kenapa tanya soalan itu? Apa yang berlaku antara satu pihak (Mona), tiada kena mengena dengan hidup saya dan perkara satu lagi (Erra), Insya-Allah kita akan teruskan.

    “Sejujurnya, saya masih orang yang sama dan masih dengan orang yang sama. Mengenai lamaran, apa yang kita rancang, Insya-Allah kita akan laksanakan,” katanya.

    Shahir ketika ditemui berkata, tindakannya beberapa hari lalu memuat naik kenyataan ingin menarik diri itu adalah untuk menunjukkan bahawa dia tidak mengejar duniawi.

    “Kenyataan yang saya muat naik di Instagram beberapa hari lalu bertujuan untuk memberitahu semua orang bahawa saya tidak mengejar dunia. Jadi, tidak menjadi masalah sama ada saya dapat ke peringkat akhir atau tidak.

    “Saya lebih reda menjadi orang biasa daripada perlu berdepan kata-kata orang, yang menganggap saya berubah selepas menyertai AF Megastar,” katanya kepada Harian Metro.

    Ditanya mengenai kontroversi yang muncul daripada wanita bernama Mona yang menggasak penyanyi berusia 29 tahun ini, Shahir menganggap itu adalah asam garam sebagai anak seni.

    “Apa yang berlaku bukanlah kali pertama. Saya pun tak pasti mengapa isu itu timbul. Biarlah orang ramai yang menilai dan saya anggap itu semua asam garam dalam dunia seni.

    “Sedangkan Rasulullah SAW pun pernah dicerca dan diaibkan, inikan pula saya yang hanya manusia biasa,” katanya.

    Jumaat lalu, Shahir memuat naik kenyataan di Instagram, menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada AF Megastar selepas menganggap dirinya disabotaj oleh wanita bernama Mona.

    Wanita itu juga mengeluarkan beberapa bukti, kononnya dia dan Shahir menjalinkan hubungan lebih daripada sekadar kawan biasa.

  • in ,

    Rahsia Twitter KFC Follow 11 Orang Yang Tiada Kaitan

    Rahsia Twitter KFC Follow 11 Orang Yang Tiada Kaitan Langsung Dengan Mereka Ini Pasti Buat Anda Tersenyum

    Pada mulanya apabila melihat laman sosial Twitter milik KFC ini pasti anda tidak mengesan apa-apa yang pelik bukan? Namun apabila kita menekan butang mengikut anda akan tertanya-tanya.

    Baca >> Pengasas Jubah Sado Ditahan Polis

    Ini kerana Twitter KFC itu dilihat mengikut laman Twitter 11 orang yang tiada kaitan langsung dengan KFC, dan semuanya bukan golongan ‘High Profile’ dalam bidang korporat. Malah tiada seorang pun pegawai berjawatan tinggi di KFC dalam senarai tersebut.

    Berbanding jenama yang lain seperti Airasia yang mengikuti pengasasnya Tony Fernandes, Twitter yang mengikuti CMO-nya Leslie dan lain-lain lagi.

    rahsia twitter kfc

    Twitter KFC mengikuti 5 ahli kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham, Geri Horner, Melanie Brown, Emma Bunton dan Melanie C. Manakala 6 yang lain merupakan pemilik akaun Twitter yang mempunyai perkataan ‘Herb’ dalam nama mereka.

    Rupa-rupanya ia merupakan strategi mereka bagi menunjukkan KFC sehingga kini mengekalkan rahsia mereka yang disimpan sejak penubuhan oleh Colonel Sanders iaitu penggunaan ’11 Spices and Herbs’.

    Menarik bukan?

  • in

    Pengasas Jubah ‘Sado’ Ditahan Reman Polis

    Pengasas Jubah

    Pengasas Jubah ‘Sado’ yang pernah dikatakan menjadi fenomena suatu masa dahulu ditahan reman polis lewat pagi semalam.

    Penahanan itu dibuat berikutan puluhan laporan polis oleh mangsa yang ditipu individu tersebut selama ini melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit dan mengikut sumber kami ada yang melibatkan jutaan ringgit.

    Sebelum ini kecoh di media sosial apabila beberapa individu memuatnaik kisah penipuan yang dibuat individu itu dan dia bertindak balas ingin menyaman mangsa yang memuatnaik kenyataan buruk terhadapnya.

    pengasas jubah 'sado'

    Individu yang bergelar Dato’ baru-baru ini dilihat digari sambil dibawa polis turun menaiki lif bersama 2 lagi individu yang juga memakai pakaian lokap berwarna ungu.

    Kredit : Scammer Malaya

  • in ,

    Malaysia Dikawal Sembilan ‘Dragon’ Ala-Ala Filem

    dragon

    Kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral yang berlaku di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan orang ketua atau digelar ‘dra­gon’ sejak bertahun-tahun lamanya.

    Malah, kumpulan sembilan dragon itu mampu mengutip sebanyak RM5 bilion sebulan hasil daripada pusat perjudian seluruh negara melalui sistem hierarki yang dilaksanakan sejak sekian lama.

    Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (gambar) mendakwa, sistem sembilan dra­gon itu telah lama di­amalkan oleh kumpulan sindiket jenayah terbabit hinggakan semuanya mem­punyai kuasa di dalam agensi pe­nguat kuasa di negara ini.

    Malah, dakwa beliau, kumpulan itu juga berkeupayaan untuk me­nu­karkan penguat kuasa yang dirasakan mengganggu gugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.

    Kesukaran untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan, ujar beliau, disebabkan pihak atasan organisasi terbabit telah menjalin hubungan rapat dan saling bekerjasama dalam beberapa urusan selain turut menerima wang ‘perlindungan’.

    “Rangkaian tersebut bermula apabila pihak berkuasa atau individu berkepentingan di negara ini duduk semeja dengan kumpulan dragon untuk meminta bantuan.

    “Mereka kemudian tersepit apabila dragon mula meminta bantuan untuk melindungi kegiatan haram, tetapi perlu menurut kerana pernah menerima bantuan dahulu,” dakwanya ketika ditemui Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

    Menurut Nadzim, undang-undang yang terdapat dalam sistem dragon iaitu, pengkhianat akan ditembak mati menyebabkan pihak berkuasa terlibat tidak berani melawan dan terpaksa akur dengan permintaan kumpulan tersebut walaupun ia bercanggah dengan kedaulatan negara.

    Mengulas mengenai sistem dragon berkenaan, Nadzim memberitahu, hierarki itu telah wujud sejak sekian lama, bahkan ia mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di luar negara termasuk Hong Kong, China dan beberapa negara lain bagi menjalankan akti­viti mereka.

    Ujar beliau, terdapat juga beberapa individu ternama di negara ini yang berjaya menduduki tahap tertinggi dalam sistem rangkaian antarabangsa itu.

    “Jika sebelum ini ada pendedahan mengenai individu bernama Alex, dia juga adalah anggota kepada sembilan dragon berkenaan yang memakai gelaran dragon nombor lima yang mempunyai hubungan kuat dengan orang ‘besar’ di negara ini.

    “Saya difahamkan terdapat sembilan dragon utama, jika mungkin ada tambahan saya tidak pasti, tetapi kesemua mereka mempu­nyai gelaran Tan Sri dan Datuk Seri yang dibeli untuk mengaburi ke­giatan sebenar mereka,” katanya.

    Mereka yang mempunyai gela­ran itu turut sinonim dengan pelbagai perniagaan di negara ini dan berjaya mengutip lebih RM5 bilion sebulan hasil daripada perjudian.

    Menurutnya, wang tersebut dikumpul daripada seluruh negara dan akan diagihkan kepada syarikat-syarikat yang ditubuhkan bagi mencuci wang haram itu untuk mengelakkan ia mudah dikesan.

    Tambahnya, dengan wang yang banyak itu, ia akan memudahkan mereka menjalankan kegiatan ha­ram termasuk membayar wang perlin­dungan kepada pihak berkuasa serta siapa-siapa yang mengganggu perjalanan perniagaan mereka.

    “Disebabkan sistem yang berkesan dan bantuan teknologi terkini, wang tersebut sukar untuk dilarikan oleh mana-mana pekerja ke­rana takut akan dibunuh oleh anggota sembilan dragon tersebut,” jelasnya.

    Kredit : Utusan

  • in

    MAS Ditipu CEO, Peter Bellew Lari Semula Ke Ryanair

    mas ditipu ceo

    MAS ditipu CEO Peter Bellew apabila dia membuat tindakan drastik menyertai Ryanair secara senyap.

    Malaysia Airlines Bhd. hanya mengetahui mengenai tindakan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew menyertai semula syarikat lamanya apabila Ryanair membuat pengumuman di Bursa Saham London.

    Dalam kenyataannya di sini hari ini, MAS berkata, ahli-ahli lembaga pengarah syarikat akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi dan akan membuat pengumuman rasmi selepas itu.

    “Operasi dan perkhidmatan kami kepada pelanggan diteruskan seperti biasa.

    mas ditipu ceo

    “Begitu juga dengan pelan transformasi yang sedang dilaksanakan ketika ini akan diteruskan seperti biasa.

    Baca >> Harga iPhone X Mula Dipamerkan Untuk Pasaran Malaysia

    “Dalam sidang media pada 27 September lalu, Bellew menyatakan kegembiraannya berkhidmat dengan MAS yang disifatkan sebagai percapaian terbaik dalam hidupnya.

    “Beliau juga menafikan akan menyertai semula Ryanair apabila ditanya oleh pemberita,” kata syarikat penerbangan nasional itu dalam maklum balas terhadap laporan berita yang disiarkan hari ini yang mengatakan lelaki Ireland itu bakal kembali ke tanahairnya bagi memulihkan semua syarikat penerbangan tambang rendah syarikat itu.

  • in

    Harga iPhone X Untuk Pasaran Malaysia Bermula RM5,149

    iPhone x

    Harga iPhone X yang bakal dipasarkan di Malaysia tak lama lagi telah didedahkan oleh laman rasmi Apple Malaysia.

    iPhone X 64GB bakal dijual RM5,149 manakala model 256GB setinggi RM5,899 dan seperti sediamaklum hanya 2 storan itu sahaja ditawarkan.

    Ura-ura mengatakan sedikit kelewatan penjualan iPhone X bagi negara-negara terawal di seluruh dunia akan memberi kesan pada kelewatan penjualan di Malaysia.

    Dan Apple akan membuka ‘pre order’ yang memakan masa berminggu untuk sampai pada anda. Kita nantikan sahaja.

    Harga iPhone X

    Model terbaru iPhone tersebut menjadi tumpuan ramai kerana mengalami perubahan besar dari segi skrin, fungsi dan bermacam-macam lagi. Ini membuatkan penjualan iPhone 8 dan 8 Plus merudum teruk berbanding model terdahulu.

    Nak dapatkan iPhone X terawal? Klik sini Beli Iphone X

  • in

    Warga Emas Lumpuh Ditemui Tanpa Pakaian Dan Dikurung

    warga emas lumpuh

    Lelaki warga emas lumpuh, 80, dipercayai ditinggalkan di sebuah rumah di Taman Inderapura, Kuantan, diselamatkan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), hari ini.

    Warga emas berkenaan, Tang Ngad, yang lumpuh separuh badan akibat angin ahmar ditemui dalam keadaan bogel di jeriji rumah.

    Pasukan polis terpaksa memotong jeriji rumah itu yang dikunci oleh anaknya sejak Isnin lalu.

    Menurut jurucakap polis, pihaknya mendapat maklumat mengenai kes itu selepas menerima laporan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chong Siang.

    Baca >> Keluar Zouk Pakai Seksi, Sampai Pagar Terus Berjubah!

    “Kami bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa berada di depan pintu jeriji dengan keadaan bogel dan dipenuhi najis.

    “Polis terpaksa memotong mangga yang dipasang sebelum membawa keluar warga emas itu dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya hari ini.

    Katanya, polis akan menghubungi anak warga emas berkenaan untuk siasatan lanjut selepas ini.

    Kredit : Harian Metro

  • in

    Kisah Talam Dua Muka Pelajar IPTA Islam Malaysia

    kisah talam dua muka

    Kisah talam dua muka pelajar IPTA Islam Malaysia ini merupakan kisah yang diceritakan oleh pemandu Uber yang kami naiki.

    Pada malam tersebut kami baru sahaja selesai mendarat di KLIA2 dan tanpa berlengah kami membuka aplikasi Uber dan memilih destinasi ingin dituju, selepas beberapa saat menunggu akhirnya aplikasi memberikan seorang pemandu untuk kami.

    Oleh kerana kami memesan UBERXL, jadi pemandu yang membawa kami menggunakan sebuah Perodua Alza. Abang Kasim(Bukan nama sebenar) menelefon saya dan bertanya dimana pintu yang saya mahu dia ambil dan saya memberikan panduan padanya.

    Dalam masa 10 minit datang sebuah Perodua Alza berhenti tepat dihadapan saya, agak geram juga kerana lewat sampai sedangkan dia berada dekat dari kawasan itu. Kami terus memasukkan barang ke dalam kereta dan masing-masing yang kepenatan sudah duduk dalam kereta.

    Kereta meluncur keluar dari KLIA2, abang Kasim tiba-tiba meminta maaf kerana lewat sampai. Ada kejadian kemalangan berlaku didepan matanya ketika dalam perjalanan mengambil kami, sebuah kereta Vios bertembung dengan Limosin kerana sikap gopoh dan tidak peka pemandu Vios tersebut.

    Kami pada awalnya agak marah mulai reda bila mendengar penjelasan tersebut, betul lah orang kata jangan bersangka buruk dahulu. Abang kasim membuka bicara dengan bertanyakan beberapa soalan pada kami.

    “Korang dari mana ni?”

    “Dari Laos bang, ada trip dengan budak2 ofis ni”

    Kami berbual rancak mengenai pekerjaannya, tanggungjawab abang Kasim terhadap keluarga dan banyak soalan tertumpu pada pekerjaannya sebagai pemandu UBER itu. Dengan lambakan pemandu di Malaysia ini, bagaimana abang Kasim boleh ‘survive’.

    Tiba-tiba salah seorang rakan bertanya satu soalan yang jawapannya menyebabkan kami terpaku sebentar’

    “Abang selalu bawak area mana? KL ke?”

    “Abang area Ampang je dik, tak larat masuk KL. Banyak dugaan”

    “Dugaan apa bang? Saingan banyak ke?”

    “Bukan tu, dugaan lah. Aduh susah nak cakap, dugaan jiwa.”

    Kami mulai faham dengan jawapan itu, masing-masing tiba-tiba segar dan ingin mengetahui lebih lanjut.

    “Contoh dugaan paling besar abang dapat atau yang abang rasa geram?”

    “Abang pernah dapat satu trip dari Zouk, KL”

    Beberapa rakan kami yang terpinga-pinga dek kerana kesucian hati dan rohani mula bertanya apa itu Zouk. Kami menerangkan serba sedikit mengenai bangunan Zouk yang menjadi tatapan umum setiap kali melalui Jalan Tun Razak itu. Abang Kasim menyambung…

    kisah talam 2 muka

    “Dekat dalam Map dia tulis nama jalan ja, tak tahu pula abang dia suruh pickup di Zouk. Tapi sebab dah sampai abang terima saja trip ni, ada 3 orang gadis melayu. Agak cantik ketiga-tiganya dan pakaian korang tahu2 la orang pergi kelab macam mana kan.”

    “Oh, macam tu kami tahu bang. Selalu nampak dah, apa yang menariknya?”

    “Sabar dulu, itu tak menarik lagi. Abang tak cerita lagi destinasi dia, sebab awal-awal abang tak terkejut tengok destinasi dengan tempat abang ‘pickup’. Tapi bila dah tahu dekat Zouk, abang terkejut jugak tengok destinasi.”

    “Diorang nak pergi mana?”

    “Destinasi dia U** lah, universiti yang islamik tu korang mesti tahu kan?”

    “Biar betul bang, tak kan pak guard lepas masuk macam tu je?”

    “Yang ni part kelakar, keluar Zouk pakai seksi dik. Sekali sampai depan pintu pagar je abang terkejut toleh belakang nampak 3 orang sudah siap berjubah. Celah mana diorang sarung laju macam tu pun abang tak tahu. Tapi sebab nampak 3 orang berpakaian macam tu, dan abang perkenalkan diri sebagai pemandu Uber terus dibenarkan masuk. Abang hantar sampai dalam lepas tu terus abang blah. Abang dah terus jarang ambil orang dekat area KL lepas tu sebab tak nak terambil jenis-jenis macam ni.”

    “Dahsyat jugak bang, sampai tahap tu sekali diorang. Tapi mungkin beberapa punya perangai je tu, bukan semua macam tu sebab saya ada gak beberapa rakan dari uni tu”

    “Ye rasanya, tapi bagi abang kalau dah perangai macam tu tak usah la teruskan belajar kat situ. Merosakkan nama pusat pengajian tu sendiri”

    Kami akhirnya sampai ke halatuju dan mengeluarkan semua barang serta membayar tambang pada abang Kasim.

  • in

    Kanak-Kanak Rohingya Dipergunakan Untuk Kutip Derma

    Kanak-kanak Rohingya dipergunakan untuk kutip derma orang ramai dengan menggunakan alasan pembedahan keatasnya.

    Seorang kanak-kanak Rohingya yang menggemparkan negara tak lama dulu kerana menghidap penyakit ‘hydrocephalus’ telah dikesan dipergunakan sesetengah individu untuk mengutip derma sekitar ibu negara.

    Penyakit dihidap Mohamad Yasin tersebut menyebabkan bahagian kepalanya membengkak dan saiznya berkali ganda lebih besar dari saiz kepala bayi normal.

    Kanak-kanak ini pernah mendapat liputan meluas kerana mahu menjalankan pembedahan yang memakan kos kira-kira RM8,000 dan dipercaya ada individu yang menawarkan diri untuk membiayai pembedahan tersebut.

    Pihak HKL juga memaklumkan dan mengesahkan pembiayaan pembedahan kanak-kanak itu telah disumbangkan seseorang dan agak terkejut dengan perlakuan keluarga itu memohon derma di kawasan tumpuan seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan ibu negara.

    Kanak-kanak ini telah selamat menjalani pembedahan pada bulan Julai yang lalu hasil dari sumbangan orang ramai. Namun baru-baru ini beberapa individu mendakwa masih melihat anak itu di bawa oleh orang lain untuk mengutip derma!

    Didalam foto terbaru kelihatan ibunya telah bertukar saiz badan dan juga muka! Mereka dilihat di kawasan TBS sedang melakukan rutin lama iaitu meminta sedekah menggunakan ihsan bayi tersebut.

    Jadi apakah tindakan wajar pihak berwajib terhadap aktiviti tidak bermoral sebegini? Adakah aktiviti ini tidak dipantau dan mungkin selepas ini anak tidak bersalah ini bakal menjadi alat orang-orang keji untuk meraih keuntungan?

  • in

    Pejuang Rohingya Dedah Punca Serangan Tentera Myanmar

    Pejuang Rohingya Dedah Sebab Serangan

    Pejuang Rohingya Dedah Punca Serangan Keatas Tentera Myanmar yang mereka lakukan selama ini kepada Channel News Asia.

    Bukanlah tugas mudah mencari seorang komander pasukan perjuang rakyat Rohingya di kalangan pelarian di kem yang terletak sempadan Bangladesh. Kegelapan menyelubungi lokasi yang sesak dengan pelarian dan kawasan berbukit di kem pelarian dengan jalan berlumpur dan asap di udara.

    Di bahagian atas puncak, menghadap ke seluruh bandar yang dibina untuk pelarian, Muhammad Rafik muncul dan duduk bersila bersama-sama sekumpulam kecil yang juga rakan senegaranya, jauh dari kampung halaman mereka, Rakhine.

    Lelaki yang berusia 30 tahun itu berkata, dia adalah Timbalan Komander Arakan Rohingya Salvation Army (ARSA), pasukan militan yang mencetuskan gelombang keganasan dan tindakan keras kejam oleh tentera Myanmar.

    Rafik mendakwa dia berada di sana pada 25 Ogos ketika serangan hendap tengah malam yang menyebabkan sebuah pasukan tentera terbunuh, berjuang bersama 50 orang lelaki lain dari kampungnya.

    “Terus mati adalah lebih baik daripada mati secara perlahan-lahan.

    “Mereka telah menyeksa kami hari demi hari sehingga kami tidak mempunyai pilihan. Itulah sebabnya kami bertindak.

    “Kami tahu ini akan berlaku. Kami bersatu dan kami memutuskan untuk melakukan ini,” dedahnya kepada Channel News Asia.

    Serangan yang diselaraskan dilakukan oleh sekumpulan pejuang ARSA di seluruh negeri.

    Sejak itu, beratus-ratus buah kampung telah dibakar dan lebih daripada 400,000 umat Islam Rohingya melarikan diri ke sempadan Bangladesh.

    kejadian sebenar yang terjadi di rakhine

    Sementara itu, menurut seorang lagi pejuang Rohingya, Abul Alam berkata, ARSA tidak mempunyai banyak senjata malah kurang terlatih.

    “Ia adalah misi kematian bagi para pejuang dan penduduk Rohingya. Adalah perlu bagi dunia untuk melihat ‘penyeksaan dan penderitaan’ yang dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar.

    Kata Abul lagi, mereka tidak pernah terfikir akan menjadi pelarian di Bangladesh.

    “Secara jujurnya, kami fikir jika kami menyerang tentera mereka akan menyerang kembali dan kemudian dunia akan melihat apa yang sedang berlaku kepada Rohingya.

    “Kami tahu kami tidak mempunyai cukup senjata untuk melawan tentera Myanmar. Kita juga tahu bahawa jika kita bertarung, walaupun dengan tongkat, maka dunia akan tahu dan belajar banyak daripadanya, ” katanya.

    DITUDUH MELAKUKAN JENAYAH

    ARSA telah dituduh melakukan jenayah kejam terhadap penduduk tempatan yang lain.

    Kubur besar kebanyakannya wanita Hindu yang ditemui pada hari Ahad (24 September) oleh tentera dan susulan penemuan itu, ARSA dilabel sebagai pengganas.

    Abul berkata, Rohingya tidak mempunyai konflik dengan kumpulan etnik lain dan menafikan bahawa mana-mana ahli ARSA bertanggungjawab atas kekejaman tersebut.

    “Ia benar-benar salah. Ramai anak muda beragama Hindu berkawan dengan kami. Jika sebahagian daripada mereka memerhatikan kami, kami akan memberitahu mereka bahawa mereka bukanlah musuh.

    rohingya

    “Musuh kami adalah kerajaan. Kamu tidak pernah menyeksa kami, kamu tidak pernah memukul kami dan tidak pernah membunuh kami. Kita adalah mangsa.

    “Penganut agama lain seperti saudara. Ia bukan masa untuk membenci satu sama lain. Kami berjuang untuk hak-hak kami. Tetapi kita tidak akan mengarahkan serangan kita terhadap mana-mana agama atau orang lain, hanya kerajaan,” katanya.

    Perang propaganda makin memuncak dan wartawan tidak dapat mengakses Rakhine utara secara bebas untuk mengesahkan dakwaan berkenaan dari kedua belah pihak.

    Walaupuan ARSA telah terpecah dan dipisahkan dan Rohingya sehingga kini tidak dapat masuk semula ke Myanmar, Rafik berkata, perjuangan itu tidak akan berakhir di sini.

    Bagaimanapun, kumpulan itu akan dibubarkan jika matlamat mereka tercapai.

    “Kami akan meneruskan perjuangan kami jika penyeksaan oleh tentera atau pihak berkuasa Myanmar berterusan.

    “Kami tidak mempunyai pilihan lain. Kami tidak akan membubarkan kumpulan ini namun jika mereka berhenti menyeksa kami, secara automatik ianya akan terbubar,” katanya.

    DIKAITKAN DENGAN DAESH

    “Siapa yang merasa gembira atau sedih? Kami tidak peduli kerana kami telah merasakan penyeksaan.

    “Kami sudah berasa sedih tentang keadaan ini sehingga tidak peduli bagaimana perasaan mereka sekarang,” katanya.

    Dalam satu laporan lain, ARSA mengaku bertanggungjawab melakukan serangan maut ke atas beberapa balai polis di Rakhine pada 25 Ogos.

    Susulan itu, Do Suan berkata, kerajaan Myanmar telah mengisytiharkan ARSA sebagai kumpulan pengganas.

    Sumber : Sinar Harian

  • in

    Yusuf Azmi Londehkan Penipuan Boy Iman

    Yusuf Azmi

    Yusuf Azmi londehkan penipuan yang dibuat Boy Iman berhubung penjualan rumah murah serendah RM50,000.

    Dalam rakaman suara yang dimuat naik saudara Yusuf Azmi, kita dapat mendengar jelas pengakuan DBI berkenaan wayang pacak yang dibuatnya selama ini.

    Rakaman itu dipercayai dirakam secara rahsia oleh staff atau rakan kongsinya dan mendedahkan segala taktik digunakan Boy Iman selama ini.

    Rakaman :

    Jika anda tidak dapat mendengar dengan jelas kami terjemah pada perkataan dibawah.

    kita tak boleh cakap tentang aku bagus, aku politik, aku bleh bawak polis ambik ko dekat airport, iring, bayar..bukan tu.. itu semua
    hanyalah game, gimik

    saya buat gimik ni dah lame dah.. sy panggil menteri tan sri noh omar datang, kan? tapi ape sebab saya panggil tan sri noh omar
    datang? saya nak sales kita nak sales kita kena ingat DBI Properties adalah marketing company.

    saya datangnye dari alfafa, saya adalah ceo marketing company. tanya pejal macam mana saya boleh buat 4 bulan 10 juta?
    pasal saya wayang kuat. saya kuat main taktik dan teknik. dalam marketing kita kena ade strategi kita ade guna taktik dan teknik.
    sebab tu saya melawan pelawan, melawan apa apa fitnah, melawan apa apa saya main taktik dan teknik. kan?

    arini dia buat macam tu lah, ok takpe, kite panggil semua, kita dah ade dah rangka kita.kan?
    kita panggil macam mana nak tanggani krisis. ok khamis malam jumaat kita buat sembahyang hajat kita mintak ngan Tuhan, kita
    mintak ngan Allah kan? kita buat sembahyang hajat.
    esoknya kita err dua hari err err harini kita buat kursus asas trader. tengok..40 org datang kan?
    arini jugak suratkhabar datang. kenapa benda ni semua ade? sebab saya plan. saya plan.

    sya cakap ngan puan anggun. “puan anggun, you kena amik dato’, you kena beli dato”.
    pasal i plan, i plan semua benda tu. semuanya i main wayang.

    ini semua wayang tersusun, wayang pacak nama dia. haaa untuk ape? untuk syarikat, untuk kita, untuk kita terus sama sama maju.
    bukan kita yang membunuh membunuh membunuh. sama sama membunuh.

    zaini buat keje, 1 umah ade masalah, problem kan? bukannya datang pergi cerita dengan orang. bukannya viral, pergi buat satu
    group lain, pergi buat. adakah itu satu cara yang betul, kan? itu bunuh melayu namanye.
    ko datanglah cerita baik baik, kan?

  • in

    Popular

    Zizan Razak Dikecam Netizen Kerana Biadap Di FFM29

    Zizan Razak Dikecam Netizen Kerana Biadap

    Zizan Razak dikecam netizen dek kerana biadap di FFM29 semalam apabila beberapa kata-kata dari mulutnya yang disifatkan keterlaluan.

    Jika sesiapa menonton acara tersebut yang disiarkan langsung di TV3 juga agak kesal kerana pengacara malam itu banyak menggunakan sifat peribadi untuk dijadikan bahan jenaka.

    Dalam satu insiden, Zizan dilihat menyindir Hans Isaac dan Eizlan Yusoff dengan mempersoalkan kredibiliti pangkat Dato’ dimiliki mereka namun menyerongkan soalan seolah-olah bertanya tentang pakaian.

    Baca >> 5 Tempat Menyeramkan Di Malaysia Yang Ramai Tak Tahu

    Hans yang diberi peluang naik ke pentas selepas itu dilihat melepaskan geram menempelak Zizan secara langsung dan kedengaran suaranya yang malu dan geram akan kenyataan tersebut.

    Video Zizan menyindir dan dibalas Hans Isaac :

    Dalam satu insiden pula, Zizan dilihat terlajak kata menyindir Elizabeth Tan yang tidak boleh mengucap. Video tersebut boleh dilihat di bawah :

    Secara keseluruhan menurut penonton, Festival Filem Malaysie ke 29 perlu menambah baik kualiti pengacaraan yang dilihat amat penting dalam menaikkan suasana sesuatu majlis besar seperti ini.

  • in

    Gunung Agung Bali Bakal Meletus, Pelancong Disarankan Berjaga-Jaga

    gunung agung bali bakal meletus

    Gunung Agung Bali bakal meletus bila-bila masa sahaja selepas pihak pemerintah menaikkan status gunung itu dari aras 2 ke aras 3 yang bermaksud siapsedia.

    Gunung tertinggi di bali itu terletak ke arah Timur Laut Bali dan berketinggian hampir 3,142 meter dari aras laut. Gunung ini kali terakhir meletus pada tahun 1963 dan kesan dari letusan itu 1,148 nyawa terkorban dan ribuan lain mengalami kecederaan.

    Letusan pada tahun 1963 itu merosakkan banyak bangunan dan tempat bersejarah dek kerana dilitupi abu dari gunung tersebut. Namun kini, selepas hampir 60 tahun gunung ini kembali aktif dan diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk kembali meletus.

    Menurut sejarah letusan terdahulu, lahar gunung ini boleh mengalir lebih 7 kilometer dalam masa 20 hari manakala debu dari hasil letupan boleh merebak lebih dari 10 kilometer.

    Mengikut peta, ada 2 kawasan tumpuan pelancong yang berkemungkinan akan terjejas iaitu Candi Pura Besakih dan Rumah Pohon yang terletak dalam radius 10 kilometer dari gunung tersebut.

    Baca >> Fadli Saran Etnik Rohingya Diberi Naturalisasi

    Para pelancong dinasihatkan berjaga-jaga dan tidak mendekati 10 kilometer radius dari gunung tersebut dalam masa terdekat sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga.

  • in

    TMJ Bidas Dakwaan JDT Bayar Papan Iklan Chelsea

    TMJ BIdas Dakwaan JDT bayar papan iklan

    TMJ bidas dakwaan JDT bayar papan iklan Chelsea pada perlawanan Piala Carabao menentang Nottingham Forest semalam.

    Kenyataan itu dikeluarkan dalam laman rasmi Johor Southern Tigers dengan menerangkan bahawa ia berlaku atas hubungan diplomasi antara JDT dan beberapa penaja serta kelab luar negara.

    Mari berbicara mengenai duit.

    Berkenaan dengan kenyataan beberapa pihak yang mengatakan jika mempunyai duit, semua perkara boleh dilakukan. Saya sokong kenyataan tersebut, tetapi jika ada duit tetapi tidak mempunyai akal fikiran, satu perkara pun takkan jadi. Saya bagi beberapa contoh di negara ini dan negara terdekat.

    Ada juga beberapa individu berstatus tinggi yang mempunyai duit lebih daripada saya dan mempunyai pasukan bola sepak tetapi jika dibandingkan pencapaian di dalam dan di luar padang, Kelab Bolasepak JDT telah jauh kehadapan meninggalkan kelab yang lain ini. Jadi, ini bukan sahaja mengenai kewangan tetapi perancangan dan pendidikan yang telah diterapkan.

    Apabila saya, rakyat negeri Johor dan penyokong JDT sedang bergembira dengan kejayaan JDT menjuarai Liga Super untuk empat tahun berturut-turut, seperti biasa muncul suara yang belum ada lesen cuba cari punca yang menonjolkan kebodohan sendiri yang berasa tidak puas hati.

    Baru-baru ini ada yang mengatakan nama Kelab Bolasepak JDT terpapar di LED board Stadium Stamford Bridge ketika perlawanan Chelsea menentang Nottingham Forest telah dibayar. Biar saya dedahkan pengalaman yang saya lalui selama ini tanpa mengeluarkan duit.

    Datuk moyang saya, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar telah mendidik anak dan cucu cicit baginda tentang perhubungan diplomasi. Dengan adanya perhubungan yang baik melibatkan dua pihak antara ketua pemimpin atau syarikat, kami boleh mencapai pelbagai perkara tanpa penglibatan duit.

    Nama Kelab Bolasepak JDT yang tertera di Stadium Stamford Bridge, satu sen pun saya tidak bayar. Tetapi kenapa ia boleh terjadi? Ia kerana mereka adalah sahabat saya. Saya mempunyai ramai sahabat. Saya bagi contoh. Pada dulu ketika Gary Steven Robat digantung oleh FAM, saya telah menghantar beliau berlatih di Borussia Dortmund tanpa apa-apa bayaran. Kerana sahabat saya adalah Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Pembangunan Akar Umbi Borrusia Dortmund, Edwin Boekamp.

    Saya juga tidak membayar satu sen ketika JDT menghantar skuad remaja JDT ke Valencia kerana pemilik kelab tersebut adalah sahabat baik saya iaitu Mr. Peter Lim. Ketika JDT mengadakan perlawanan pra-musim awal musim 2017 di Thailand, saya juga tidak mengeluarkan apa-apa duit melainkan kos kapal terbang sahaja disebabkan kawan saya, pemilik Buriram United, Newin Chidchob yang telah menjaga makan minum termasuk hotel penginapan kami semua.

    Baru-baru ini sahabat baru saya iaitu Mr. Pairoj Piempongsant, daripada syarikat Carabao Co. Ltd ingin mengucapkan tahniah kepada saya dan JDT dengan meletakkan ucapan tersebut di LED board Stadium Stamford Bridge. Selain itu, pada 23hb September 2017, sahabat saya dari King Power pula mahu mengucapkan tahniah kepada JDT di LED board Stadium Leicester City ketika menentang Liverpool.

    Jadi, kepada anda semua yang mengatakan semua benda perlu menggunakan duit, ada perkara yang saya capai dengan duit dan banyak perkara saya capai tanpa mengeluarkan duit. Inilah pendidikan yang ingin saya kongsikan kepada orang ramai yang saya hormati sekalian. Sebelum kita buka mulut, kita fikir dahulu. Tidak semua perkara perlu duit atau mungkin mereka yang selalu mengatakan perkara sebegini adalah mereka yang sudah selalu terima ‘dedak’ politik.

    Secara tidak langsung, saya bukan sahaja telah membina sebuah empayar perhubungan saya dengan dunia bola sepak, tetapi juga dengan delegasi dari negara luar. Ia bukan sahaja dapat mengembangkan Kelab Bolasepak JDT tetapi turut sama memberi peluang kepada negeri Johor untuk membawa lebih ramai lagi pelabur dan memberi peluang untuk membantu negeri Johor menjadi kuasa ekonomi dalam negara.

    Dan yang terakhir sekali, ada yang mengatakan sambutan kejuaraan JDT seolah-olah seperti sudah memenangi Piala Dunia. Saya juga telah dididik apabila anda telah berjaya dalam sesuatu perkara, anda perlu meraikannya sebesar-besarnya.

    Ini kerana tidak ramai di dalam dunia ini boleh berjaya. Saya mengadakan sambutan besar-besaran ini bukan sahaja disebabkan kami telah mencipta sejarah tetapi ia adalah simbolik kepada status kelab JDT daripada kelab yang kerdil menjadi sebuah kelab yg besar.

    Ini juga untuk menunjukkan kepada dunia yang negeri Johor bukan sahaja sedang membangun, tetapi juga menjadi contoh dalam pentadbiran kerajaan, kuasa ekonomi dalam negara serta untuk memberitahu tentang kejayaan negeri ini. Ia secara tidak langsung turut melambangkan pembangunan negeri Johor Darul Ta’zim.

    DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    Sumber : Johor Southern Tigers

  • in ,

    Korea Utara Beri Akses Ruang Udara Khas Pada TMJ

    Korea Utara Beri Akses Ruang Udara

    Korea Utara beri akses ruang udara khas pada TMJ membolehkan TMJ terbang terus dari Johor ke Pyongyang tanpa perlu berhenti di Beijing.

    DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima kunjungan Mr. Kim Yu Song, Charge D’Affairs Korea Utara pada 19hb September 2017.

    Pertemuan ini membincangkan hubungan dua hala dan juga mengenai isu semasa dunia serta membincangkan perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan ‘AFC Asian Cup UAE’ 2019 Peringkat Kumpulan B di mana kedua-dua pasukan akan menjamin keselamatan para pemain dan pegawai pasukan.

    Tengku Mahkota Johor
    Kredit : Johor Southern Tigers

    Perbincangan tersebut membuahkan hasil yang sangat positif di mana pada masa yang sama, DYAM Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara dua pemimpin iaitu antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara.

    DYAM Tunku Mahkota Johor turut diberi penghormatan istimewa iaitu kebenaran sepenuhnya untuk menggunakan ruang udara terus dari Johor ke Pyongyang pada bila-bila masa sahaja sekiranya baginda ingin melawat negara Korea Utara.

    Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini, mana-mana pihak di dunia ini adalah perlu untuk berhenti di Beijing terlebih dahulu. Allah Peliharakan Sultan.

    Sumber : Johor Southern Tigers

  • in

    Bapa Datang Sekolah Balas Dendam Anak Dihukum

    Balas Dendam

    Seorang bapa datang sekolah untuk balas dendam anak dihukum oleh guru.

    Klip video yang viral itu dilaporkan berlaku di Brunei menunjukkan 2 orang lelaki yang salah satunya merupakan bapa pada seorang murid mengamuk di sekolah kerana tidak berpuas hati.

    Baca >> Sultan Johor Larang Orang Ramai Ganggu Wanita Viral

    Lelaki yang dipercayai seorang anggota tentera dan berbadan tegap itu didakwa menumbuk guru tersebut dari perbualan yang kita dengari dalam video.

    Guru tersebut ketika ini sedang menerima rawatan akibat kecederaan dalaman daripada pergaduhan tersebut.

  • in

    Kucing Menziarah Kubur Lelaki Yang Telah Meninggal Dunia

    Kucing Menziarah Kubur

    Kucing menziarah kubur yang baru sahaja meninggal dunia dan dalam proses dikebumikan.

    Menurut cucunya, arwah sepanjang hayatnya sangat sayangkan kucing dan kejadian pelik ini mengejutkan mereka sekeluarga. Kucing putih yang datang itu bukanlah salah satu kucing peliharaan arwah namun dikatakan oleh penduduk setempat kucing itu selalu berada di kawasan tersebut.

    Ketika selesai dikebumikan, dan orang ramai sedang membaca tahlil kucing putih tersebut dilihat baring diatas kubur dan tidak mahu berganjak dari situ.

    Usaha orang ramai untuk mengalihkan kucing tersebut menemui jalan buntu kerana kucing putih itu akan datang semula walaupun telah berkali-kali diangkat dari kubur.

    Semoga rohnya dicucuri rahmat.

    Sumber : Soffuan

  • in

    Wak Doyok Di Cop Lelaki Miang Kerana Satu DM Di Instagram

    Wak Doyok

    Ikon fesyen dan pelakon Wak Doyok mendedahkan dia pernah dianggap sebagai lelaki ‘miang’ gara-gara tindakannya menghantar mesej peribadi kepada seorang wanita di Instagram.

    Kata Wak, dia tidak menyangka wanita itu akan mendedahkan mesej dihantarnya untuk tatapan umum sehingga timbul salah faham dalam kalangan pengikut laman sosial.

    “Sebenarnya saya pernah menghantar mesej peribadi kepada seorang wanita di Instagram tetapi niat saya hendak berkenalan dengannya telah disalah anggap.

    “Dia mendedahkan mesej saya secara terbuka di Instagram dan menganggap saya lelaki miang wahal saya memang ikhlas hendak berkawan.

    “Mungkin juga dia tak percaya seorang selebriti hendak berkenalan dan menyangka saya ingin mempermainkannya,” katanya.

    Ekoran kejadian itu, Wak atau Mohd Azwan Md Nor, 38, berkata, dia serik untuk menggunakan media sosial sebagai medan mencari jodoh.

    Sementara itu, Wak berkata, dia bukannya seorang lelaki cerewet dalam memilih pasangan hidup hanya kerana gaya hidupnya dilihat bercitarasa tinggi.

    Sebaliknya kata pelakon filem Abang Long Fadil 2 ini, dia berharap dipertemukan dengan seorang wanita yang boleh memahami dirinya selain membesarkan anak-anak mereka nanti dengan baik.

    “Siapa yang tidak mahu berkahwin malah pada usia saya sekarang memang sudah sepatutnya berkahwin dan menimang cahaya mata.

    Baca >> Mengapa iPhone X Dijual Lewat Dari iPhone 8?

    “Tidaklah saya mencari wanita cantik sahaja tetapi cukuplah dapat jaga saya, ibu bapa dan besar anak-anak kami dengan baik.

    “Kalau dapat jodoh seorang guru pun apa salahnya, dapatlah dia mendidik anak-anak kami nanti,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain, Wak berkata, dia terkejut apabila diberitahu namanya mendapat pencalonan awal pada Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) menerusi penampilan sulungnya dalam Abang Long Fadil 2.Bagaimanapun Wak tidak meletakkan harapan tinggi dan bersyukur dengan pencalonan diterima.

    Sumber : Mstar

  • in

    Skuad Bola Sepak Buta Ingin Ulang Kejayaan Di Singapura

    Bola Sepak Buta

    Kejayaan memenangi pingat emas di Kota Singa dua tahun lalu masih segar di ingatan skuad bola sepak 5 sebelah negara.

    Tampil selaku juara bertahan pada edisi ke 9 ini, jurulatih S.Sunny mengimpikan untuk mengulangi kejayaan tersebut, apatah lagi beraksi di laman sendiri.

    Bola Sepak Buta

    Namun, beliau sedar itu bukan tugas mudah memandangkan negara lain turut membuat persiapan rapi.

    “Ada beberapa pasukan sedang meningkat naik ketika ini seperti Laos dan Vietnam, mereka belajar sukan ini dengan cepat. Jadi kita kena berhati-hati dan menghormati pihak lawan lain kerana masing-masing ada kekuatan sendiri. Contohnya walaupun kerap kali bertemu Thailand, kita tidak boleh memandang rendah keupayaan mereka”, katanya pada sidang media Program Kita Juara 2017 Sukan Para Asean di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

    Tambah Sunny, anak-anak buahnya kini berada di tahap terbaik dan tiada kecederaan serius dikalangan pemain yang kini melalui fasa terakhir dan sedang melakukan penyesuaian venue di Stadium Hoki Bukit Jalil selain latihan di Universiti Putra Malaysia (UPM).

    Ketua Jurulatih Blind Football Malaysia

    Dalam pada itu, bagi ketua pasukan Mohammad Amirul Arif Mahadthir yang membuat penampilan kali ketiga di Para ASEAN, mengharapkan peminat tanah air dapat memenuhi stadium memberi sokongan kepada pasukan bola sepak 5 sebelah.

    “Bermain di laman sendiri ini, saya berharap peminat sukan dapat hadir ke stadium memberi sokongan kerana kehadiran peminat memberikan kekuatan tambahan kepada kami”.

    Temasya kali bakal menyaksikan pertembungan empat negara iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam dan Laos.

    Video kemenangan pasukan bolasepak buta Malaysia yang meraih emas 2 tahun lalu di Singapura.

  • in

    Mengapa iPhone X Dijual Lewat Dari iPhone 8?

    iPhone X Dijual Lewat

    Setelah melihat pelancaran model baru iPhone kami mendapat maklumat bahawa iPhone X dijual lewat dari tarikh penjualan iPhone 8 dan 8 Plus sehingga menimbulkan tanda tanya.

    Jadi kami mencari sedikit maklumat dan akhirnya kami tahu punca ia berlaku. iPhone X atau 10 seperti yang kita ketahui menggunakan skrin paparan penuh bucu ke bucu menggunakan teknologi OLED yang memberikan kepuasan pada pengguna terutamanya bile menonton video.

    Dan kami tidak terkejut apabila mengetahui skrin OLED ini dibekalkan oleh Samsung sendiri. iPhone 7 dan 7 Plus dilaporkan telah terjual sebanyak 40 juta unit pada suku pertama tahun 2017 dan menyumbang pada 11% penjualan telefon pintar seluruh dunia.

    iPhone x

    Sambutan yang menggalakkan ini dijangka berterusan dengan model terbaru iPhone 10 yang dinaiktaraf sepenuhnya dari model iPhone sebelum ini. Namun sambutan menggalakkan ini tidak dapat dipenuhi Apple kerana pihak pengeluar skrin hanya boleh menampung 10,000 unit pengeluaran sehari.

    Ini bermakna hanya 300,000 unit iPhone boleh dihasilkan dalam sebulan. Ini merungsingkan pihak Apple kerana ia bakal menjejaskan penjualan model terbaru mereka itu apabila ramai pelanggan yang mungkin tidak tahan untuk menunggu waktu yang lama.

    iPhone X

    Jika pembuatan iPhone dimulakan sekurangnya bulan Jun, ini bermakna sehingga tarikh pelancaran 3 November nanti Apple hanya menghasilkan 1.8 Juta unit iPhone 10. Jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan permintaan peminat gajet tersebut seluruh dunia.

    Penganalisis meramalkan iPhone terbaru itu bakal terjual sekurangnya 30 juta unit dan dengan masalah terbaru ini bakal merencatkan penjualan tersebut. iPhone X bakal dijual ke 30 negara terawal pada 3 November dan Malaysia bakal menerimanya beberapa bulan kemudian.

    Atas sebab masalah ini, berkemungkinan Malaysia akan menerima tempias dan mengalami kelewatan penerimaan iPhone X jika stok sedia ada diseluruh dunia habis dijual.

    Sumber : Mac Rumours

    Nota : Kami bakal membuat review mengenai iPhone X dan ini bermakna kami akan beratur untuk mendapatkan iPhone terbaru ini. Mahu menjadi yang terawal memakai iPhone X? 10 unit sahaja dibuka, klik sini untuk whatsapp

Load More
Congratulations. You've reached the end of the internet.