in

10 Tanda-Tanda Lelaki Sesuai Di Jadikan Calon Suami

10 Tanda-Tanda Lelaki Sesuai Di Jadikan Calon Suami

10 tanda-tanda lelaki sesuai dijadikan calon suami ini boleh dijadikan panduan jika anda sedang runsing sama ada si dia boleh menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga atau tidak.

Bagi seorang wanita, memilih suami adalah perihal penting kerana dengan lelaki tersebut mereka akan bersama-sama mengharungi suka duka dan liku-liku kehidupan sehingga akhir hayat.

Memilih calon yang salah akan menyebabkan rumahtangga kita seringkali dilanda masalah dan halangan serta sebaliknya jika memilih yang betul.

Jadi apakah ciri-ciri calon suami yang harus di titikberatkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga?

1. Akhlak Yang Baik

Ketika sesi perkenalan, seorang wanita seharusnya boleh menilai akhlak lelaki tersebut sama ada sesuai atau tidak dijadikan suami. Akhlak ini termasuk cara dia melayan anda, melayan seorang wanita, cara dia menghormati orang tua termasuk kedua ibubapanya dan cara dia mengatasi masalah sama ada mengikut emosi atau ilmu.

Menurut pakar terapi, seorang lelaki yang baik haruslah mampu menjaga emosinya ketika dilanda masalah dan menyelesaikan sesuatu perkara dengan menggunakan akal dan bukannya kekerasan.

2. Bertanggungjawab

Seorang suami yang baik perlu bertanggungjawab dalam kehidupan seharian seperti cara dia bertanggungjawab menguruskan jadual seharian. Segala kerja dan tugas yang diberikan juga harus diselesaikan dengan penuh keikhlasan.

3. Matang Dan Berfikiran Positif

Menurut pakar, seorang lelaki yang matang dan positif mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi dalam segala perkara. Dia boleh menyelesaiakn sesuatu masalah dengan tenang dan tidak bersikap kebudak-budakan.

4. Bersederhana Dalam Segala Perkara

Menjadi seorang ayah akan menjadikan seorang lelaki berdisplin menguruskan kewangan terutamanya melibatkan perbelanjaan keluarga dan diri. Jadi jika ingin mencari calon suami, carilah yang bersederhana dan setidaknya dia kreatif dalam mencari wang untuk perbelanjaan diri.

5. Sayang Dengan Kanak-Kanak

Seorang lelaki yang sesuai menjadi calon suami adalah orang yang disenangi dan mudah bergaul bersama kanak-kanak. Menurut kajian, lelaki yang sukakan kanak-kanak sangat jarang mempunyai sikap panas baran yang melampau-lampau.

Menjadi ayah seharusnya lelaki harus bersikap tenang dan boleh melayan kerenah anak-anak yang kadangkala cerewet. Ye lah, kanak-kanak kan.

6. Pandai Meluahkan Pendapat Dan Perasaan

Seorang lelaki tidak boleh bertindak terburu-buru dalam menyelesaikan sesuatu perkara atau pergaduhan. Dia seharusnya bijak mencari masa yang sesuai untuk mengutarakan masalah dan berbincang secara tenang dan toleransi sesama pasangan.

7. Bersedia Menerima Kritikan

Apabila dikritik atau ditegur, seorang suami yang baik tidak boleh melenting dan menjadi marah. Mereka perlu bertenang dan bersifat terbuka menerima kritikan dan sanggup berbincang untuk mencari jalan penyelesaian.

8. Sanggup Berkorban

Apabila memasuki alam rumahtangga, seorang suami perlu mengorbankan banyak perkara termasuk masa bersama rakan, hobi yang ekstrim dan perilaku buruk yang ada ketika zaman bujang. Jika mereka tidak sanggup mengorbankan hal ini bermakan mereka meletakkan perkara tersebut melebihi keluarga dan ia bukanlah sesuatu yang bagus untuk dijadikan calon suami.

9. Pergaulan

Calon suami yang baik tidak boleh bergaul secara bebas tanpa had batasan terutamanya yang bukan sama jantina. Kerana hal ini akan menimbulkan persepsi buruk terhadap dirinya dan si isteri di mata masyarakat. Dia seharusnya menjaga nama baik diri dan keluarga.

10. Taat Pada Agama

Ini adalah perkara terpenting dalam memilih calon suami, suami haruslah mempunyai pengetahuan ilmu agama supaya dapat membimbing isteri dan anak-anak dalam ibadah.

Ada ciri-ciri yang dinyatakan? Tahniah anda bertuah!

Baca : Sultan Johor Larang Orang Ramai Ganggu Wanita Dalam Video Yang Viral

Facebook Comments

Written by adminvm

A fulltime writer and online marketer. I travel alone

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

10 Contoh Jawapan Peperiksaan Yang Sangat Kelakar

iPhone X Dijual Lewat

Mengapa iPhone X Dijual Lewat Dari iPhone 8?