Pada awal tahun ini, pertumbuhan ekonomi dunia umumnya dijangka akan menurun dalam banyak industri. Oleh kerana itu, ekonomi negara kita turut dipengaruhi oleh faktor ini. Untuk merangsang pertumbuhan, pelbagai projek mega dirancang untuk diteruskan pada tahun ini.

Sebagai contoh, projek rel seperti transit laju massa fasa dua, kereta api berkelajuan tinggi ke Singapura dan projek Bandar Malaysia adalah antara projek-projek untuk memacu ekonomi negara tahun ini. Negara Malaysia dijangka akan menerima pulangan bernilai berbilion ringgit daripada projek-projek di atas.

Namun, dunia dikejutkan dengan penyebaran wabak penyakit COVID-19 yang memberi kesan mendalam kepada Malaysia. Akibatnya, pelbagai aktiviti-aktiviti terpaksa ditunda untuk seketika sementara menunggu penularan penyakit ini reda. Pasaran saham merudum ke aras paling rendah dalam masa 10 tahun dan pertukaran mata wang berbanding dolar AS menurun.

Trend pasaran dijangkakan akan menurun tahun ini walaupun kerajaan telah membuat sedaya upaya dengan menyuntik pakej rangsangan ekonomi. Satu rancangan besar kerajaan iaitu Tahun Melawat Malaysia terpaksa dibatalkan oleh kerana situasi ini. Maka, hilanglah mata pencarian yang selalunya membawa berbilion ringgit keuntungan kepada negara.

Trend pasaran untuk tahun yang mendatang

Sehingga kita, kepastian yang ada mengenai trend pasaran agak sukar untuk dijangka. Ramai orang telah kehilangan mata pencarian mereka dan untuk bangun balik memerlukan masa yang panjang. Dalam konteks negara Malaysia, ramai orang bekerja secara sendiri yang tidak mempunyai wang simpanan cukup. Apatah lagi dalam situasi kecemasan seperti ini, ada yang terpaksa hidup merana.

Tetapi bukan semuanya dalam keadaan yang gelap. Ini kerana bukan Malaysia sahaja yang terkena, malah satu dunia yang menerima padah. Kerajaan negara-negara besar akan melancarkan program-program rangsangan ekonomi mereka. Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil akan menerima hasilnya juga.

Walaupun trend pasaran agak lembap, namun ada harapan yang semuanya akan kembali kepada normal. Ia akan mengambil sedikit masa tetapi tetap akan berlaku juga. Semua pihak dari orang ramai sehingga ke peringkat kerajaan harus bekerjasama untuk membuat yang terbaik untuk trend ekonomi negara menaik sekali lagi.