Perdagangan ialah satu aktiviti yang sudah berlaku sejak zaman dahulu kala lagi apabila manusia sudah tahu berinteraksi antara satu sama lain. Setiap orang mempunyai keperluan dan kehendak untuk dikabulkan dan naluri itulah yang membuatkan adanya kegiatan perdagangan. Dari dahulu sehingga sekarang, konsep perdagangan menjadi semakin rumit.

Dalam globalisasi yang kita alami sekarang, kepelbagaian barangan bergerak ke serata dunia tanpa sempadan melalui laluan darat, laut dan kapal terbang. Dalam hanya beberapa dekad sahaja, aktiviti import dan eksport barangan dari negara kos murah kepada negara kaya menjadi lumrah. Ini membenarkan banyak barangan boleh dibina untuk negara-negara konsumerisme pada harga lebih murah.

Perdagangan tidak terhad kepada barangan sahaja, perdagangan turut melibatkan pertukaran maya seperti penyewaan servis harian, hiburan, forex dan sebagainya. Contohnya, pembelian filem-filem terkini, tiket kapal penerbangan, penempahan kenderaan dan sebagainya boleh dibuat dalam talian daripada telefon pintar.

Perdagangan dalam dunia moden

Walaupun sudah terdapat pelbagai peluang-peluang yang wujud dalam talian untuk membuat perdagangan, ramai lagi yang masih ketinggalan. Ini kerana mereka tidak mendapat pendedahan tentang potensi yang boleh ada hasil daripada kegiatan perdagangan ini. Sebagai contoh, perdagangan forex masih lagi belum ditapis sepenuhnya.

Peralihan daripada perdagangan tradisional kepada perdagangan maya bukanlah senang kerana masih lagi yang ragu-ragu dengan keberkesanannya. Perdagangan maya ada pelbagai cabarannya seperti tahap keselamatan, faktor risiko kerugian dan sebagainya. Malah, ada juga yang kurang cekap dengan penggunaan teknologi dan sebab itu mereka kurang yakin.

Sejak kebelakangan ini juga, ada satu lagi mata wang yang menarik perhatian seluruh dunia iaitu mata wang kripto yang juga merupakan satu mata wang perdagangan terbaru. Inilah antara contoh perdagangan dalam talian yang mempunyai reputasi yang tidak baik. Ramai yang telah kehilangan duit mereka kerana telah tertipu dengan banyak sindiket penipuan mata wang kripto ini.

Bukan semua perdagangan dalam talian tidak boleh dipercayai. Melalui saluran dan pendidikan yang betul, perdagangan dalam talian boleh dibuat. Asalkan ada kemahuan dan sifat keterbukaan, sesiapa sahaja boleh berjaya dalam aktiviti ini.