Pelaburan dan ekonomi adalah dua perkataan yang tidak dapat dipisahkan. Pelaburan adalah kegiatan asas yang memacu dunia ekonomi. Modal untuk pelaburan pula datang dari pelbagai sumber seperti modal persendirian, pinjaman, syarikat swasta dan sebagainya. Dengan modal untuk pelaburan ini, para pelabur mengharapkan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Melabur dalam sesuatu aktiviti perniagaan harus dilakukan dengan mengambil kira banyak faktor. Pelaburan pada skala kecil adalah lebih mudah sedikit jalannya berbanding dengan pelaburan pada skala besar. Tambahan lagi, pelaburan skala besar melibatkan tenaga kerja sekumpulan orang yang boleh merumitkan keputusan pelaburan.

Pelaburan kini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa sempadan. Banyak syarikat-syarikat negara membuat pelaburan luar negara yang mempunyai lebih banyak birokrasi tetapi boleh mengaut keuntungan yang banyak. Bukan sahaja sempadan fizikal, pelaburan turut boleh dilakukan dalam alam maya seperti perdagangan forex.

Dunia pelaburan dalam ekonomi kapitalis

Pemanduan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada berapa kekayaan negara itu, demografi penduduk, kuasa pembelian dan sebagainya. Adanya aliran duit bermakna ada banyak permintaan daripada para pengguna. Permintaan pengguna itulah yang ingin dipenuhi oleh para pelabur kerana kuasa pembelian untuk barangan atau perkhidmatan tersebut tinggi.

Seperti yang dinyatakan di atas, sistem ekonomi kapitalis sedemikian adalah pilihan kebanyakan negara-negara di dunia. Dari benua Amerika ke Asia, sistem ekonomi kapitalis menjadikan banyak negara menjadi makmur. Negara-negara makmur melahirkan rakyat-rakyat yang cemerlang dalam semua aspek daripada kualiti hidup, penjagaan kesihatan dan sebagainya.

Dunia pelaburan dalam konteks ekonomi kapitalis mempunyai satu risiko yang tinggi. Sistem ekonomi kapitalis menggalakkan pelaburan yang membuat keuntungan. Apabila kerugian pula, banyak pelaburan terpaksa diberhentikan ataupun muflis dalam proses itu. Lumrah ekonomi kapitalis memang begitu, tetapi berita baiknya ada banyak sumber bantuan boleh didapatkan.

Rakyat kita memang beruntung kerana ada banyak pilihan pelaburan yang boleh diambil dan juga banyak sumber bantuan boleh didapati daripada pihak kerajaan dan swasta. Persoalannya kini ialah bagaimana seseorang itu boleh mengambil kesempatan daripada semua peluang pelaburan dalam kegiatan ekonomi itu.