Setelah dunia dilanda dengan krisis COVID-19 baru-baru ini, dunia kewangan digegarkan dengan kejatuhan ekonomi yang serius. Apabila ianya bermula dari bandar Wuhan di negara Cina, ramai yang tidak menyangkakan tahap keparahan wabak penyakit ini merebak ke seluruh dunia. Sudah tentunya, kewangan dunia terjejas dengan teruk dan akan mengambil masa untuk dipulihkan.

Pada mulanya, orang ramai di luar negara Cina berpendapat bahawa penyakit ini hanyalah seperti satu demam biasa yang berbahaya terutamanya kepada warga tua dan tidak menjejaskan kesihatan orang muda. Tetapi tidak benar kerana ada orang muda turut meninggal dunia.

Hampir separuh dunia diarahkan untuk berkurung di tempat kediaman untuk mengelakkan penyakit berjangkit kepada orang lain. Jumlah orang yang ramai yang tidak membuat sebarang aktiviti ekonomi ini menyebabkan ekonomi terhenti serta-merta. Perniagaan-perniagaan seperti dalam bidang hiburan, hospitaliti, penerbangan dan pelancongan merudum dengan teruknya.

Bilakah keadaan kewangan akan pulih

Kadar naik dan turun kewangan dunia dipengaruhi oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat. Apabila Presiden Trump mengambil remeh mengenai virus itu, beliau tidak akan menyangka negara itu menjadi negara paling banyak pesakit wabak penyakit itu. Malah, jumlahnya lebih daripada negara Cina. Negara Amerika Syarikat yang mempunyai budaya kapitalis yang menggerakkan ekonominya lumpuh.

Kesan domino kelumpuhan kewangan negara itu dirasai di seluruh dunia. Harga minyak turun dengan rendahnya, berjuta-juta pekerjaan terpaksa diberhentikan kerana perniagaan tidak berjalan dan ramai orang kini menganggur.

Persoalan kini ialah bilakah keadaan kewangan akan kembali ke keadaan asal kerana apabila berakhirnya krisis ini, semua negara akan berlumba-lumba untuk menstabilkan ekonomi. Banyak negara kuasa-kuasa besar bersedia untuk berbelanja besar-besaran untuk memulihkan keadaan kewangan semasa. Tetapi kesannya hanya akan dilihat selepas pakej rangsangan dilaksanakan.

Apa yang boleh dilihat di sini, keadaan kewangan berada di ambang kerapuhan disebabkan sesuatu yang tidak disangka seperti serangan penyakit global. Sekarang, cuma industri farmaseutikal yang aktif berlumba-lumba mendapatkan vaksinasi dengan berbilion pelaburan daripada para pelabur. Namun, keadaan kewangan diharap akan pulih sikit demi sedikit terutamanya selepas vaksinasi untuk penyakit ini ditemui pada masa yang terdekat ini.